,
Motosikal

DI JERMAN, YAMAHA TENERE 700 LAGI LAKU BERBANDING BMW GS

Sejak Yamaha memperkenalkan jentera konsep T7 pada lewat tahun 2016, peminat motosikal sememangnya menantikan kehadiran Ténéré 700. 

Model konsep itu  kemudian berkembang menjadi prototaip yang dipertontonkan di EICMA 2017. Pada EICMA tahun lalu, Yamaha mengumumkan ia akan memproduksi Ténéré 700. 

Nampaknya usaha Yamaha ‘meracun’ pengguna motosikal berhasil apabila Ténéré 700 berjaya mengatasi angka jualan juara jentera adventure, BMW GS di tanah kelahirannya, Jerman.

Motosikal adventure berenjin sesaran sederhana itu mula dijual di pasaran Eropah sejak pertengahan tahun ini. Yamaha menerima tempahan Ténéré 700 pada Mac dengan penghantaran dibuat mulai Julai.  

Sejak itu, ia cukup laris di Jerman dengan 310 unit berjaya dijual pada Oktober sahaja. Sebagai perbandingan, sebanyak 242 unit BMW GS dan 131 unit Honda Africa Twin dijual dalam tempoh sama.

Di tempat keempat ialah Kawasaki dengan125 unit dan Yamana MT-7 di posisi kelim (116 unit).

Menggunakan enjin sama seperti yang dipasang pada MT-07, Ténéré 700 diposisikan di antara dua model BMW GS yang paling laris di Jerman.

Di negara yang didominasi oleh model ADV dan naked, membina tapak yang kukuh memang penting untuk memastikan hayat motosikal bersaiz sederhana seperti Tenere 700 mampu bertahan lama.  

Walaupun ini mungkin satu kemenangan kecil untuk Yamaha, namun tidak mustahil jentera adventure kecil seperti Ténéré 700 akan menguasai pasaran dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Tags
Google ads
Back to top button