Buletin

YUNLEI LSEV- XIAOMI SU7 VERSI “COPY ORI” GRED AAAA

Sebuah firma kejuruteraan iaitu Shandong Yanlu New Energy telah menghasilkan sebuah kereta elektrik kelajuan rendah (LSEV) yang dinamakan sebagai Yunlei. bagi pasaran China, adalah perkara biasa di sana untuk anda melihat sebuah kereta elektrik berkelajuan rendah dengan kuasa kuda yang rendah di jual di sana.

Ia biasa digunakan di kawasan bandar dengan jarak perjalanan yang terhad, halaju maksima yang terhad serta popular disebabkan hargnya yang terlampau murah (bawah 4200 USD) serta mudah diselenggara

Namun bagi model Yunlei, ia harus dipuji kerana bahagian depan kenderaan seperti lampu utama, rekaan hud depan dan juga bampar depan hampir 100% menyamai rekaan asal Xiaomi SU7. Malah warna yang digunakan juga adalah 100% hampir sama iaitu warna Blue Bay.

Perbezaan utama antara Yunlei dengan Xiaomi SU7 ialah Yenlei menggunakan rekaan SUV kompak manakala SU7 menggunakan rekaan supercar.

Seorang pengguna laman sosial China menyatakan Yunlei sepatutnya dinamakan sebagai Redmi SU7 iaitu merujuk kepada telefon pintar mampu milik Redmi yang dihasilkan oleh Xiaomi

Selain meniru rekaan Xiaomi SU7, LSEV di China juga popular dengan rekaan tiruan yang meniru rekaan jenama popular yang lain seperti Hummer H2, Bugatti Chiron, dan juga Volkswagen UP!

Google ads
Back to top button