
ZF DEDAH MODEL KERETA LUT SINAR PERTAMA DI DUNIA
Pembuat kereta asal Jerman, ZF baru-baru ini mengejutkan dunia apabila memperkenalkan kereta lut sinar pertama di dunia.
Menerusi imej yang disiarkan, pembuat kereta berkenaan turut mendedahkan pelbagai sistem keselamatan di dalam kenderaan tersebut.
Menurut ZF, model lut sinar itu juga dilengkapi dengan teknologi keselamatan kereta baharu untuk mengurangkan kemalangan serta menyelamatkan nyawa.

Antara kit dipaparkan ialah rangkaian beg udara, sistem brek aktif dan stereng yang direka untuk mengelak sebarang halangan secara automatik.
Selain itu, terdapat juga sensor di sekeliling kenderaan bagi membolehkan ia memproses maklumat dalam 360 darjah penuh.
Perincian lain termasuklah mempunyai sistem pengimbas jalan di hadapan untuk pejalan kaki, kereta tidak bergerak, tali pinggang keledar aktif baharu, stereng berkuasa elektrik serta sistem terkini TRW, di mana ia berfungsi mengesan angin lintang.






