Buletin

TESLA RANCANG LABUR DALAM PEMBUATAN BATERI EV DI INDONESIA

Indonesia baru-baru ini mendedahkan bahawa Tesla merancang untuk melabur dalam pembuatan bahan bateri di negara Asia Tenggara.

Menurut Menteri kanan Luhut Pandjaitan, Tesla akan membuat pengumuman menjelang beberapa bulan akan datang.

Indonesia telah bertahun-tahun cuba memikat Tesla untuk melabur dalam pembuatan bateri dan pembuatan kereta di negara itu, termasuk memanfaatkan rizab nikel.

Menerusi catatan Luhut Pandjaitan di Instagram, “Tesla mahu melabur bagi pembuatan bahan untuk bateri litium,”

Tambah Luhut lagi, Tesla bagaimanapun tidak mahu membina kilang kereta di Indonesia.

“Pelaburannya agak besar. Kita tunggu Elon Musk datang ke sini sekitar penghujung September atau Oktober tahun ini,” katanya.

Pada minggu lalu, Indonesia merancang untuk menawarkan pembuat kereta hingga dua tahun lagi bagi melayakkan pengeluar menerima insentif EV sekaligus memberi saingan kepada Thailand dan India.

Google ads
Back to top button