
SENARAI KERETA PALING TAK LAWA TERKINI – RASA NAK JE JUMPA DENGAN PEREKA KERETA-KERETA NI
Rekaan kereta memang subjektif. Sama juga macam kita memandang sesama manusia. Awek yang kita rasa cantik mungkin cuma biasa-biasa pada padangan orang lain. Tapi kita kena akui yang memang ada kereta-kereta tak lawa ataupun hodoh di luar sana. Apa agaknya yang bermain di fikiran pereka mereka dan orang atasan yang meluluskan rekaan tersebut.
Mari kita tengok beberapa model yang tak sanggup abang beli. #Baikbeli Alza seken hand dik.
Chrysler PT Cruiser

Masih kekal dalam senarai dengan rekaan campuran MPV dan hot rod. Kalau anda rasa versi standard belum cukup hodoh cuba tengok sekali versi convertible. Menariknya Chrysler menjual lebih sejuta unit model ini dan mereka yang memiliknya sanggup mempertahankan imej kereta mereka dengan peluh dan darah.

Nissan Cube

Nissan Cube generasi pertama memang agak comel walaupun menggunakan tema ‘kotak’. Namun bila generasi kedua mula diperkenalkan kecomelannya sudah hilang dan kelihatan agak menyakitkan mata dan hati yang memandangkan. Ia masih sebuah kereta yang baik tapi rupanya memang sangat-sangat hodoh. Eh, korang silap masukkan kereta ni ke dalam oven ke macam mana?

Fiat Multipla

Multipla memang wajib ada la dalam senarai kereta paling tak lawa. Bahkan ia pernah dinobatkan sebagai kereta terhodoh di dunia. Fuh, kira pegang rekod dunia juga tu. Sekali pandang ia nampak macam kacukan model Fiat kecil yang dicantumkan dnegan badan MPV. Tapi walaupun hodoh Multipla merupakan antara MPV pertama yang menawarkan tempat duduk yang boleh diubahsuai mengikut keperluan.

Chevrolet SSR

SSR bermaksud Super Sport Roadster. Hebat kan namanya? Tapi sayangnya ia tidak mempunyai rupa paras yang segah namanya. Ia lebih kepada sebuah trak pikap dengan bumbung boleh lipat yang…hodoh. Agaknya sebab itulah ia cuma bertahan di pasaran selama tiga tahun sahaja. Bahagian depan tu boleh tahan la tapi bahagian belakang tu kalau korang nampak abang pandu tolong la terajang belakang abang. Mungkin abang pening makan ubat masa tu.

Plymouth Prowler

Pasaran Plymouth agak sendu pada pertengahan tahun 90 jadi mereka membuat keputusan perlu menghasilkan sesuatu yang agung untuk dunia. Jadi lahirlah Prowler yang merupakan gabungan coupe dan hot rod untuk dunia moden. Ia kekal sebagai konsep kerana tidak memenuhi piawai keselamatan pada masa itu. Sebab itulah ia dipasang dengan bumper aneh di bahagian depan tu. Syukurlah ia tidak diproduksikan. Lagi pun kalau diproduksikan mereka bercadang memberinya enjin V6 dan gear auto. Rat rod apa macam tu.
Bugatti Veyron

Veyron memang sebuah hypercar yang hebat tapi adakah ia cantik? Korang rasa? Jangan iangan kereta paling moden di dunia semuanya cantik. Tapi Veyron ada sebab tersendiri di sebalik kehodohannya. Demi kelajuan rekannya mesti cukup lancar dan licin untuk membelah angin. Sebab itulah ia mempunyai gril yang pelik dan lampu utama yang tidak menarik langsung. Lampu Lamborghini jauh lagi cantik (kembang bulu hidung founder-founder Malaya).
Syukurlah Bugatti memberikan hasil yang lebih memuaskan dengan Chiron, Bolide dan Centodieci.
AMC Pacer

Pacer ialah kereta yang muncul ketika krisis bekalan bahan api sekitar tahun 70 an. Semua pihak ingin menjimatkan minyak dan banyak pengeluar mula menghasilkan kereta bersaiz kecil. Sekarang okey sebab kereta kecil pun kebanyakannya lawa tapi dulu mungkin diorang belum biasa buat kereta kecil jadilah hasil macam Pacer ni. Depan panjang belakang pendek dengan cermin tingkap yang besar gedabak. Bagus untuk penglihatan tapi rasa macam dalam ketuhar mikro pun ada.

Nissan Juke

Mesti ada yang marah sebab Nissan Juke masuk dalam senarai ni. Ye lah kereta ni kan ada yang pakai kat sini. Mungkin masa ni AJK Nissan tengah berkonflik. Satu pihak mahukan crossover kompak dan satu pihak lagi mahukan sebuah coupe dengan lampu utama bulat klasik. Lahir Nissan Juke yang sekali lihat macam Joke pun ada. Tapi jangan ketawa dulu sebab ada Juke generasi pertama yang dilengkapkan dengan enjin GT-R. Hah, terkejut kau tapi bagi abang kau letak enjin Chiron pun abang masih rela pandu Alza standard pekak.

Toyota Prius

Prius 2024 mungkin kelihatan agak ‘Wow’ tapi Prius generasi pertama dan kedua memang kelihatan macam kereta yang abang lukis masa darjah satu dik. Kita faham konsep rekaan yang perlu untuk menjimatkan tenaga tapi apa salahnya korbankan sedikit tenaga untuk rupa paras yang lebih menawan. Macam korang cari isteri la, kalau nak cari yang pandai masak semata-mata baik kahwin dengan tukang masak kedai mamak. Biar ada keseimbangan kata orang dan sedap mata memandang. Tak gitu.


