
KENAPA SEMUT SUKA HURUNG PLUG PENGECAJ KERETA ELEKTRIK?
Hari ini penulis sempat melihat satu video yang agak aneh dimana sekumpulan semut didapati menghurungi plug pengecaj kereta elektrik di sebuah stesen minyak. Tapi penulis tidak berasa hairan kerana penulis pernah melihat kejadian sekumpulan semut membuat sarang dalam suis lampu rumah penulis.
Malah semalam penulis terpaksa menyembur racun serangga dalam lampu LED bilik air rumah penulis disebabkan segerombolan semut membuat sarang dalam lampu sehingga menyebabkan lampu bilik air terbakar. Dan hari ini, anda boleh menonton video semut mulai berminat dengan plug kereta pengecaj kereta elektrik
Kejadian ini telah diperhatikan di sekitar Houstan, Texas berhampiran dengan ibupejabat NASA. Semut Paratrechina species ini tiba secara tidak sengaja melalui kontena peralatan elektrik pada tahun 2002. Semut semut ini didapati sangat tertarik dengan peralatan elektronik, komputer dan elektrik dan menyebabkan kerosakan fizikal pada perkakasan
Pengkaji semut atau Myrmecology mendapati sesetengah spesis semut berupaya mengesan medan dan gelombang elektromagnetik serta menggunakan medan magnetik bumi sebagai alat pandu arah untuk mencari makanan berdekatan dengan sarang mereka.

Myrmecology merumuskan bahawa semut semut ini tertarik kepada medan elektrik dan elektromagnetik yang dihasilkan oleh peralatan elektrik yang digunakan oleh manusia secara semula jadi. Semut semut ini berevolusi secara semulajadi dan mendapati peralatan elektrik menjadi tempat yang sesuai untuk dijadikan sarang baru mereka disebabkan ia kering, lubang yang kecil serta senang dipertahankan daripada penceroboh
Apabila peralatan elektrik dijadikan sarang, semut ini tidak akan menguyah peralatan elektrik kerana rahang mereka tidak cukup kuat tapi mereka akan merosakkan bahan penebat yang melindungi wayar, mendedahkan wayar elektrik dan menyebabkan litar pintas.
Masalahnya semut ini tadi akan terkena renjatan elektrik, dan sebelum mati akan merembaskan hormon phoremone yang akan mendorong semut lain membantu mereka. Jadi anda akan mendapati semut ini bergumpal dan terbunuh beramai-ramai dalam peralatan elekrtik.
Mungkin selain daripada racun serangga, cara paling berkesan ialah dengan meracun semut ini dengan menggunakan umpan. Anda juga perlu pastikan jika semut mulai mendiami plug pengecaj atau kereta anda, hapuskan semut ini secepat mungkin. Pastikan kawasan sekitar dan dalam kereta anda tidak dikotori dengan sisa makanan yang akan menarik perhatian semut.

