Buletin

ZHOU GUANYU BAKAL LAKAR SEJARAH. JADI PELUMBA F1 PERTAMA DARI CHINA

Zhou Guanyu bakal menjadi pelumba pertama dari China beraksi dalam saingan Formula Satu.

Pelumba Formula 2 berusia 22 tahun itu berasal dari Shanghai dijangka menyertai Alfa Romeo musim depan dan bergandingan dengan Valtteri Bottas.

Zhou kini menduduki tempat kedua kejohanan Formula 2 dan juga sebahagian daripada program pemandu muda Alpine.

Dia hanya pemandu kedua dari China yang memandu jentera F1 selepas Ma Quinghua melakukannya ketika lima sesi ujian pada 2012 dan 2013 bersama HRT dan Caterham.

Sebelum ini, Zhou merupakan sebahagian daripada Akademi Pemandu Ferrari diberi lampu hijau meninggalkan Alpine dalam misi mencapai impian di F1 selepas pasukan itu enggan melepaskan Fernando Alonso atau Esteban Ocon.

Pengarah Eksekutif Alpine, Marcin Budkowski mengulas mengenai Zhou, terdapat spekulasi bertiup kencang dan sekali lagi tidak akan memberi komen mengenai khabar angin atau kontrak pelumba.

“Kami menilai pilihan untuk pelumba akademi kami tetapi kejayaan akademi turut diukur menerusi hasil diperolehi.

“Kami mengendalikan akademi ini kerana kami mahu menghasikan pelumba F1 yang berpotensi.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh menyekat pemandu kami dan sedia menghadapi cabaran itu. Jika disekat ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada karier mereka secara individu selain menjejaskan imej akademi kami,” katanya. – HM/dailymail

Google ads
Back to top button