Buletin

2 EKOR BULLDOG KENA REMBAT.PEMILIK TAWAR HABUAN PLYMOUTH VIP KLASIK

Seorang lelaki kehilangan dua ekor Bulldog menawarkan jentera Plymouth VIP 1967 bagi sesiapa yang menemukan semula anjing kesayangannya itu.

Jentera klasik berkenaan dianggarkan bernilai antara AS$5,000 (RM 20,892) hingga AS$6,000 (RM 25,071).

Anjing jenis bulldog diberi nama Stitch dan Chief itu dilaporkan dicuri sewaktu berada di kediaman lelaki terbabit, Robert McWilliams di Amerika Syarikat (AS).

McWilliams telah membuat laporan polis tetapi dimaklumkan bahawa pihak berkuasa  Shreveport, sebuah bandar di Louisiana berdepan kekurangan anggota  untuk menjadikan kes kehilangan Stitch dan Chief sebagai salah satu keutamaan mereka.

Justeru, dia berusaha sendiri menjejaki pencuri terbabit dan mengenalpasti beberapa orang suspek.

Pasangan anjing itu dikatakan sangat mesra dan telah lari ke sebuah taman dan menyapa seorang lelaki yang kemudiannya mengangkat Stitch berlalu pergi.

Bagaimanapun, pada waktu itu, dia sempat mendapatkan semula anjing berkenaan.

“Ia sangat sukakan orang,” ujar McWilliams mengenai Stitch, seekor anjing betina yang sangat mudah mesra dengan orang tidak dikenali.

Menurut laporan, McWilliams mendakwa mengesyaki lelaki tersebut serta isterinya merupakan indivdu yang melarikan kedua-dua anjingnya. – motorius

Google ads
Back to top button