Artikel Pilihan

BILA PERSAINGAN DALAM F1 MELEBIHI SEMANGAT KESUKANAN.

Untuk menjadi pemandu F1 anda sebenarnya perlu sangat cergas dan peka. Anda akan memandu selama berjam-jam dengan penuh konsentrasi melalui laluan yang sama dalam 300km atau lebih. Pemandu F1 juga telah dilatih secara fizikal sama seperti atlit lain bagi memastikan mereka sentiasa cergas sepanjang masa

Jadi tidak hairanlah jika ada pemandu F1 yang boleh memasuki pertandingan triathlon dan memenangi disiplin berlari, berenang dan juga berbasikal kerana mereka juga atlit. Namun sama seperti sukan yang lain, persaingan yang sihat ini boleh menjadi persaingan yang penuh kontreversi antara pelumba yang menyebabkan pelumba tersebut dikenakan penalti

1. Ayrton Senna vs Alain Prost

Persaingan antara Senna dan Prost sebenarnya bermula daripada tahun 1988 walaupun kedua dua pemandu ini berada dalam pasukan yang sama iaitu McLaren. Senna menjadi pemandu pasukan McLaren disebabkan hubungan baik antara Senna dan Honda yang menjadi pembekal enjin kepada McLaren dengan restu Prost

Namun di perlumbaan F1 Imola 1989, persaingan ini bermula apabila kedua dua pemandu berebut untuk mendapat kedudukan pertama. Perjanjian yang dibuat ialah siapa yang berjaya mendapat kedudukan pertama tidak akan dicabar sepanjang perlumbaan.

Pada permulaan Senna berjaya mendapat kedudukan pertama namun perlumbaan terpaksa diadakan semula disebabkan kemalangan. Dalam permulaan kedua Prost memintas kedudukan Senna dengan alasan perjanjian awal sudah dibatalkan

Persaingan ini berterusan pada perlumbaan F1 terakhir di GP Suzuka 1989 apabila kedua dua pemandu mengalami kemalangan di selekoh, Senna mencilok masuk tapi Prost tidak mengizinkan kedudukannya dipintas oleh Senna menyaksikan kedua-dua kereta terbabas di halangan, namun Senna meneruskan perlumbaan dan memenangi GP Suzuka

Kemenangan Senna di GP Suzuka dibatalkan oleh FIA disebabkan Senna tidak memulakan perlumbaan di kawasan terbabas. Keadaan ini memberikan Prost kelebihan mata dan diangkat menjadi juara tahun 1989. Pada tahun 1990 kejadian serupa berlaku sekali lagi antara Senna dan juga Prost yang telah berpindah ke Ferrari.

Prost perlukan mata di GP Suzuka bagi mengekalkan kejuaraan yang dimenangi olehnya pada tahun 1989. Walaupun Senna mencatatkan masa terpantas ketika sesi kelayakan, Prost yang berada di kedudukan ke 2 diletakkan di grid permulaan dengan keduduakan yang lebih baik, dengan peluang yang tinggi untuk memotong di selekoh

Jadi ketika permulaan perlumbaan, Senna berjaya menyelit di sebelah dalam selekoh dan kedudukan ini dinafikan oleh Prost menyebabkan kedua-dua pemandu terbabas. Kemalangan ini menyebabkan kedua-dua pelumba tersingkir, namun Senna berjaya mengumpul mata lebih tinggi dari Prost bagi menjadi juara 1990.

2. Michael Schumacher

Juara 7 dunia 7 kali ini juga tidak terkecuali daripada beberapa siri tindakannya yang mengundang kontroversi. Antara kontroversi yang dilakukan oleh Schumacher ialah di GP Australia 1994 ketika dia dan Damon Hill hanya berbeza 1 mata di perlumbaan akhir 1994.

Selepas mengalami kemalangan kecil di pusingan 35, Schumacher terpaksa berlumba dengan halaju yang perlahan sehingga memberi peluang kepada Hill untuk memintas. Namun Schumacher enggan memberi peluang sehingga kedua dua kereta mengalami kemalangan. Namun Schumacher berjaya menjuarai GP 1994 dengan kelebihan mata

Pada tahun 1997 sekali lagi Schumacher melakukan taktik yang sama ketika bersaing dengan Jacques Villeneuve dengan perbezaan 1 mata. Di pusingan ke 48, Schumacher menghalang Jacques daripada memintas sehingga keretanya tersingkir. Jacques pula bernasib baik dengan menyudahkan perlumbaan di kedudukan ke 4, cukup mata untuk bergelar juara.

Rentetan insiden ini, FIA mengambil keputusan untuk menghapuskan terus mata dari kedudukan ke 2 serta hilang keseluruhan mata pada musim 1997. Beberapa insiden lain turut menyebabkan Scumacher kehilangan mata atau hilang kedudukan selepas perlumbaan tamat.

Antaranya ialah:

-GP British 1998, hilang 6 kedudukan selepas memotong ketika Safety Car keluar

-GP Monaco 2006, memulakan perlumbaan di kedudukan terakhir selepas cuba mempengaruhi masa kelayakan Fernando Alonso

-GP Monaco 2010, memotong ketika Safety Car keluar, penalti 20 saat

GP Hungary 2010, dikenakan penalti 10 kedudukan kerana menghalang Rubens memotong dengan bahaya

3. Β Fernando Alonso

Alonso juga tidak terlepas daripada skandal mengatur perlumbaan. Di GP Singapura tahun 2008, rakan sepasukan Alonso iaitu Nelson Piquet Jr telah mengalami kemalangan pada pusingan 12 sebaik sahaja Alonso selesai menukar tayar dan mengisi bahan api.

Ia memberikan kelebihan pada Alonso memandangkan Alonso memulakan perlumbaan pada petak ke 15 selepas gagal mendapatkan masa yang bagus pada sesi kelayakan. Piquet mendedahkan insiden ini pada FIA selepas Renault memecatnya dari pasukan selepas GP Hungary.

Flavio Briatore dikenakan hukuman agar tidak lagi menceburi perlumbaan F1 buat selama-lamanya manakala Pengarah Eksekutif Kejuruteraan Renaul Pat Symonds pula dikenakan penalti selama 5 tahun

Persaingan yang sihat dalam sukan adalah perkara yang bagus, tapi kalau sampai terpaksa menipu dan memanipulasi keadaan atau memandu secara berbahaya sedikit sebanyak ia menghilangkan semangat kesukanan dalam perlumbaan. Baik lontar dadu kan, setel tak payah berlumba.

Google ads
Back to top button