Artikel PilihanBuletin

PEMANDU F1, APA MAKSUD PAID DRIVER? 3 DARIPADA MEREKA IALAH JUARA DUNIA

Dalam artikel berkenaan dengan perlumbaan F1 sebelum ini, kami ada menyentuh bagaimana pasukan F1 mendapat dana kewangan bagi beroperasi. Salah satu pendapatan pasukan F1 ialah melalui “paid driver”. Dalam praktis ini, pemandu yang digelar paid driver adalah pemandu yang membayar pasukan F1, terutama pasukan kecil untuk menjadi pemandu pasukan

Bunyi macam pelik, biasa pemandu dibayar untuk memandu jentera namun ini adalah sebaliknya yang berlaku. Pasukan kecil yang biasa menerima dana atau tajaan dari individu atau tajaan korporat, akan membenarkan penaja menamakan pemandu yang akan memandu bagi pasukan mereka. Ia boleh jadi anak CEO syarikat tadi atau individu yang disukai oleh syarikat tersebut.

Ia membolehkan bakat-bakat baru dicungkil dari arena Formula 3 atau Formula 2 mendapat kedudukan di F1 kerana selain dari bakat semulajadi, pemandu memerlukan tajaan yang cukup besar untuk memulakan karier di F1. Jangan terkejut kerana ada beberapa nama besar yang menjadi juara F1 bermula sebagai paid driver

Apa yang bagus mengenai kaedah ini ialah selain memberi peluang kepada bakat baru untuk bermula (sudah tentu dengan sokongan duit yang besar), duit tajaan tadi akan memberi peluang kepada beberapa pasukan kecil yang baru hendak bermula dalam F1 seperti Minardi, Alpha Tauri, Alfa Romeo, Hass dan Williams

Antara paid driver yang berjaya menjadi juara F1 ialah:

1. Niki Lauda – walaupun Lauda berasal dari keluarga industri yang kaya di Austria, namun minatnya dihalang oleh keluarga sendiri. Lauda memang sukar untuk memulakan karier dalam perlumbaan F1 walaupun menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam Formula 2.

Pada tahun 1972, Lauda membuat pinjaman bank sebanyak 100,000 ribu pound bagi menyertai pasukan March sebagai pemandu dan 80,000 pound bagi menyertai pasukan BRM pada tahun 1973. Nasibnya berubah apabila Enzo Ferrari berminat dengan Lauda selepas menunjukkan aksi yang bagus bagi sesi kelayakan GP Monaco 1973

Lauda menyertai pasukan Ferrari pada tahun 1974, menjadi juara F1 pada tahun yang sama, dan pada tahun 1976 walaupun berhadapan dengan kemalangan maut. Lauda merupakan satu-satunya pemandu yang berjaya menjadi juara dengan Ferrari dan juga McLarren.

2. Fernando Alonso – juga digelar Spanish Samurai dengan 2 gelaran juara F1 bersama-sama pasukan Renault dan mendapat naib juara sebanyak 3 kali bersama pasukan Ferrari F1 dan menjadi juara sebanyak 3 kali bersama Toyota Gazoo Racing bagi perlumbaan Le Mans 24 Hour

Melalui sokongan kewangan Flavio Briatore, Alonso mendapat tempat sebagai pemandu ke 3 dan pemandu gantian bagi pasukan Minardi pada tahun 2001, menjadi pemandu ujian Renault pada tahun 2002 dan menjadi pemandu utama Renault pada tahun 2003. Semua ini dilakukan dengan bantuan kewangan Flavio.

3. Michael Schumahcer -juga dikenali dengan nama Red Baron dengan membawa 7 gelaran juara F1. 2 daripad gelaran ini dibawa oleh Michael dai pasukan kecil iaitu Benetton. Namun sebelum memulakan karier dengan F1, Michael merupakan pemandu bagi pasukan perlumbaan Mercedes dalam perlumbaan World Sportcar Championship 1991

Pada tahun 1991 Michael mendapat peluang untuk memandu jentera F1 Jordan-Ford apabila Mercedes dilaporkan membayar pemilik pasukan iaitu Eddie Jordan sebanyak 150,000 USD untuk satu perlumbaan di GP Belgian 1991. Namun Michael gagal menyudahkan perlumbaan disebabkan isu kegagalan sistem klac.

Bakat Michael dihidu oleh Flavio Briatore yang menawarkannya sebagai pemandu utama untuk pasukan Benetton bagi tahun 1992, 1993, menjadi juara pada tahun 1994 dengan enjin Renault dan pada tahun 1995 menjadi juara dengan enjin Ford.

Ini adalah contoh dimana paid driver menunjukkan prestasi yang bagus dalam karier perlumbaan F1 sehingga berjaya menjadi juara dengan pasukan ternama. Tapi ramai juga paid driver yang tercicir dan gagal menunjukkan prestasi yang bagus.

Nama seperti Lawrence Stroll, Sergio Perez, dan beberapa nama lain yang diberi peluang, ditaja oleh syarikat nasional seperti Rio Haryanto tidak dapat kekal lama dengan F1 apabila gagal menunjukkan prestasi yang baik, dan tajaan untuk mereka tidak lagi disambung.

Google ads
Back to top button