Artikel Pilihan

10 KERETA KONSEP YANG “COOL”

Kereta konsep, ideanya nampak seperti terlalu futuristik sehingga menakutkan makhluk asing dan makhluk halus. Namun idea yang diberikan oleh jurureka bentuk ini mendefinasikan semula bagaimana industri pengangkutan membuat halatuju baru dalam masa 20 – 30 tahun lagi. Kami paparkan di sini idea-idea kereta konsep yang paling menggemparkan dunia automotif

1. Renault Tresor-mula dipertontonkan di Paris Motorshow 2016 dengan rekaan kereta sport 2 tempat duduk tanpa pintu, sebaliknya bumbung kereta dan hud depan akan dibuka sekaligus untuk keluar masuk. Panel badan dan kerangkanya pula dihasilkan dari gentian karbon penuh.

Ia dikuasakan dengan elektrik sepenuhnya dengan 349 kuasa kuda dan 380Nm tork. Ia mampu memcut dari 0-100km/j kurang dalam masa 4 saat dan sistem brek akan menggunakan konsep Kinetic Energy Recovery System sama seperti F1.

2. Audi PB-18 E-TRON-berbeza dengan Renault, Audi tampil dengan rekaan garis tajam membuatkannya amat sesuai untuk dijadikan kereta rasmi IronMan. Ia akan dikuasakan dengan bateri solid state yang akan menyalurkan kuasa pada 3 motor elektrik dengan kuasa gabungan 661 kuasa kuda dan 830Nm tork.

Dengan pengecasan semula yang mengambil masa hanya 15 minit untuk 100%, ia boleh dipandu sejauh 581 km. Pecutan maksima 0-100km/j boleh dibuat dalam masa bawah 2 saat. Walaupun ia merupakan kereta sport 2 temapt duduk, kusyen penumpang boleh dilipat dan disimpan dalam lantai menjadikannya hanya 1 tempat duduk.

3. Mercedes Vision EQ Silver Arrow -mengambil nama lagenda kemenangan Mercedes 1937, EQ Silver Arrow merupakan sebuah kereta sport Mercedes yang dikuasakan dengan elektrik dengan beberapa ciri diambil dari kereta lumba F1. Bumbungnya boleh dibuka bag membolehkan pemandu keluar masuk dengan senang

Namun jarak pemanduannya terhad kepada 400km sahaja namun Mercedes mendakwa EQ boleh dipandu pada halaju maksimanya iaitu 431km/j

4. Aston Martin Lagonda All Terrain Vision Concept – Aston Martin jenama premium daripada UK cuba menghidupkan kembali jenama Lagonda yang satu ketika dulu digunakan pada sedan 5300cc V8 mereka

Namun kali ini ia menampilkan penggunaan sistem trenkuasa elektrik sebagai trenkuasa utama dengan rekaan AWD 4 motor elektrik. Bateri sistem boleh dicas secara wireless yang boleh dipenuhkan dalam masa 15 minit untuk 100% dan jarak perbatuan 643km bagi setiap kali pengecasan penuh.

5. Lamborghini Terzo Milenio – ia membawa maksud Italian for Third Milennium dengan rekaan sebuah hypercar 2 pintu dengan konfigurasi AWD 4 motor elektrik. Model konsep ini dibina dengan kerjasama Lamborghini dan Massachusetts Institute of Technology. Kuasa sistem dibekalkan oleh sistem kapasitor dengan kepadatan tenaga yang tinggi

Lamborghini menegaskan kapasitor mampu melepaskan tenaga elektrik dan mengecas pada masa yang sama dengan pantas berbanding dengan bateri. Namun Lamborghini menegaskan model ini dicipta untuk mengetahkan idea radikal yang baru. Motor pada tayar direka dengan sistem tork vektor dan panel badan karbon dengan teknologi nano berupaya memperbaiki kerosakan sendiri (self healing)

6. DS X E-Tense – jangan gosok mata kerana memang kereta ini tidak simetrikal. Bahagian kiri merupakan sebuah roadster manakala bahagian kanan datang dengan rekaan berbumbung. Ia dikuasakan dengan motor elektrik yang menghasilkan 540 kuasa kuda bagi kegunaan jalan dan 1360 kuasa kuda bagi kegunaan litar.

Antara rekaan lain yang diketengahkan ialah platform lantai yang dihasilkan daripada kaca, membolehkan penumpang melihat terus ke permukaan jalan ketika kereta ini memecut bagi menghasilkan sensasi kelajuan

7. Suzuki Hanare Concepts – alahai comel je nampak Hanare Concept ini dengan mengetengahkan konsep retro dalam rekaan. Ia mengekal konsep camper van, tanpa stering, tanpa pemandu dan idea sebuah van yang dipandu oleh kepandaian buatan (AI). Bagi memudahkan penumpang keluar masuk, pintu sisi direka dengan kaedah gullwing design

Penumpang akan duduk mengadapa antara satu sama lain dengan membiarkan sistem AI membawa mereka ke destinasi dengan dikuasakan menerusi teknologi elektrik. Satu skrin besar akan dipasang di dalam ruang penumpang bagi membolehkan mereka mengadakan mesyuarat jika perlu.

8. Lexus LF-30 Electrified – biasanya jika Lexus menghasilkan kereta konsep, kereta yang dihasilkan di kilang mereka tidak akan jauh berbeza. Model ini akan dibuat khusus sebagai EV dengan motor elektrik dipasang terus di dalam sistem roda. Paling menarik sistem pengecasan dibuat dengan kaedah wireless.

Model ini juga akan ditemani dengan dron “Lexus Airporter” yang bertugas membantu penumpang membawa bagasi yang dikawal sepenuhnya oleh sistem AI. Ia boleh memecut dari 0-100 dalam masa 3.8 saat dan mencapai halaju maksima 200km/j. Satu pengecasan penuh membolehkan model ini dipandu sejauh 500km.

9. Mercedes Benz AVTR – Mercedes mengatakan kereta konsep ini diilhamkan daripada filem Avatar, malah tayar dan tempat duduk penumpang juga direka berdasarkan kelopak bunga. Bumbung bahagain belakang boleh dibuka oleh sistem AI untuk memberikan aliran udara paling selesa kepada penumpang.

Terdapat 4 motor yang dipasang terus pada motor sebagai trenkuasa utama. Bekalan kuasa elektrik disimpan dalam bateri berasaskan grafin, merupakan bateri sel organik yang boleh dicas penuh dalam masa 15 minit. Satu pengecasan penuh membolehkan AVTR dipandu sejauh 700km

10. Mazda RX-Vision Concept – masih menjadi misteri kerana kita tidak tahu apakah trenkuasa yang sedang dibangunkan oleh Mazda bagi model ini. Desas-desus mengatakan Mazda sedang membina enjin baru 6 silinder dan terdapat juga khabar angin Mazda sedang membangunkan enjin rotary SkyActiv X.

Model ini direka berdasarkan peraturan FIA GT3 bagi tujuan perlumbaan namun Mazda masih mengekalkan konsep KODO dalam rekaan. Hud enjin dibuat besar dan panjang bagi tujuan penyejukan enjin. Bagi mendapat agihan berat ideal, enjin dipasang di belakang gandar depan bagi mencapai ratio 52:48

Google ads
Back to top button