" "
Artikel Pilihan

CREWCH GT-R356C –  MODEL KONSEP GT-R PALING LIAR DAN PALING BURUK

Nissan sekarang berada dalam keadaan kurang stabil dan kemungkinan terpaksa bergabung dengan Honda. Drama penggabungan ini cukup hangat diperkatakan sehingga menenggelamkan terus berita tentang GT-R generasi seterusnya selepas R35.

Memang rasanya R36 tak akan muncul dalam masa terdekat tapi salah sebuah firma tuning Jepun, Crewch telah menghasilkan sebuah model konsep gambaran mereka tentang R36 yang akan datang. Cuma satu masalahnya, buruk yang amat wei.

Dinamakan Crewch GT-R356C dan telah membuat penampilan pertamanya di TAS 2024 baru-baru ini. Dihasilkan daripada model asal R35 GT-R 2013, konsep ini memaparkan rupa luaran adunan Nissan Hyper Force Concept dan GT-R50 edisi terhad rekaan Italdesign. Ooo patut la buruk sangat, GT-R50 tu pun boleh tahan tak lawa.

Pemilik Crewch, Kuruuchi menyatakan walaupun GT-R R35 terkenal dengan prestasi yang setanding dengan supercar tapi rekaannya lebih kepada kereta sports tradisional (apa masalahnya Kuruuchi san wei).

Jadi langkah yang diambil beliau ialah menghasilkan kereta konsep yang lebih menyerupai supercar sebenar dengan impian zaman kanak-kanak beliau. Ooo…faham-faham. Patut la buruknya lain macam.

Korang tengok sendiri lah macam mana rupa paras kereta ini. Luarannya berubah 150 peratus tapi dalaman dan enjin masih dikekalkan. Ianya kelihatan sungguh dramatik dan kemungkinan besar diinspirasikan dari drama seram.

Kalau mamat yang buar rekaan ni staf abang Japar dah lama abang buat kerja dan suruh masuk kelas lukisan tadika balik. Sambil menaip pun sambil tahan geram bila tengok gambar-gambar ni.

Apa dosa Nissan GT-R R35 asal sampai kau buat macam ni dik?

Google ads
Back to top button