Artikel Pilihan

TOYOTA BABY LUNAR CRUISER CONCEPT – AKHIRNYA KERETA DI BULAN SUDAH DISIAPKAN

Calty sentiasa memikirkan perkara seterusnya, jadi tidak hairanlah ciptaan terbaharunya diilhamkan oleh kenderaan yang dibina untuk memandu di bulan. Baby Lunar Cruiser (BLC) menggabungkan isyarat reka bentuk dari model lagenda, Toyota FJ40 Land Cruiser asal dengan keupayaan futuristik kenderaan penerokaan antara planet. BLC mendapat inspirasi daripada Lunar Cruiser sebenar yang dibangunkan oleh Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) dan juga Toyota.

Untuk yang belum tahu, Calty Design Research Inc. ini adalah merupakan pusat penyelidikan dan rekabentuk Toyota yang telah pun ditubuhkan semenjak dari tahun 1973 lagi. Segala model konsep Toyota dilahirkan oleh Calty. Dan kali ini mereka memperkenalkan pula sebuah model konsep untuk dipandu di bulan.

Digerakkan oleh motor elektrik dalam roda dan dikawal oleh dwi kayu bedik, jejak kompak BLC dan tayar tanpa udara memberikannya kebolehgerakan yang tiada tandingannya. Ia juga mempunyai keterlihatan luar yang luar biasa, terima kasih kepada kaca panorama yang menonjol dan paparan papan pemuka realiti panorama yang ditambah.

Jelas kelihatan dan menonjol pada bahagian hadapan adalah gril TOYOTA sebagai tanda pengenalan model ini yang turut dilengkapi dengan rangkaian penuh kamera dan juga radar. Pada bahagian belakang juga turut tertera perkataan TOYOTA yang lebih besar bagi memaklumkan kepada Adudu bahawa ini adalah sebuah jenama SUV tersohor di bumi.

Juga terdapat rekaan diffuser bagi menampilkan ciri sebuah SUV aeroangkasa yang moden, serta tempat meletakkan no pendaftaran di posisi bahagian bawah sebelah kanan. Manalah tahu ada sekatan jalanraya oleh Polis Angkasa Gaban ke nanti. Untuk membawa lebih muatan dengan mudah, juga terdapat rak bumbung. Terus ikat barangan keperluan di atas.

Yang penting, Baby Lunar Cruiser ini mempunyai ketinggian yang secukupnya untuk menempuh sebarang bentuk permukaan bulan yang mempunyai lopak serta permukaan yang berlubang cukup dasyat.

Ok, walau pun Baby Lunar Cruiser ini mungkin hanya akan kekal sebagai sebuah model konsep sahaja namun setidaknya inilah gambaran yang boleh digunapakai sekiranya kemajuan sains dan aeroangkasa sudah membenarkan untuk manusia menjelajah ke muka bulan suatu hari nanti.

BACA : NISSAN MAX-OUT KERETA KONSEP ELEKTRIK BUKA BUMBUNG!

BACA : KERETA KONSEP MAHINDRA VISION THAR.e

Google ads

B K

"
"
Back to top button