Artikel PilihanMotosikal

HARLEY-DAVIDSON AKAN BERHENTIKAN 500 PEKERJA TAHUN INI

Harley-Davidson baharu sahaja mengumumkan yang mereka akan memberhentikan 500 pekerja tahun ini dalam usaha untuk membangunkan kembali perniagaan mereka yang terjejas teruk.

Menurut “The Rewire”, pelan penstrukturan semula itu dibentangkan oleh CEO baharu mereka, Jochen Zeitz manakala Ketua Pegawai Kewangan, John Olin akan turut meninggalkan Harley-Davidson. Jawatan beliau aan dipangku oleh bendahari syarikat, Darrel Thomas.

Ini bukan kali pertama dan bukan juga kali terakhir Harley ‘melepaskan’ pekerja mereka. Pasaran mereka yang semakin menurun sejak 5 tahun lepas di Amerika Syarikat sendiri dan ditambah pula dengan kesan wabak pandemic Covid-19 memang membuatkan Harley dalam keadaan yang getir.

Ia menjadi punca Harley terpaksa membuang 140 pekerja bulan lepas di kilang-kilang mereka di Pennsylvania dan Wisconsin. Pemberhentian terbaru ini merupakan tambahan kepada pelan penstrukturan semula tersebut.

Tujuan pelan ini ialah untuk memastikan operasi Harley lebih cekap dan efisyen. Zeitz yang mengambil alih tempat CEO sejak Februari lepas bukan calang-calang manusia. Beliau yang sebelum ini telah menyelamatkan jenama Puma yang hampir bangkrap mahu menyusun semula barisan produksi dan memilih pasaran yang benar-benar menguntungkan syarikat.

Langkah-langkah yang diambil ini merupakan sebahagian dari pelan pemulihan strategik 5 tahun sekaligus diharapkan mampu memulihkan pasaran jenama motosikal keluaran AS itu.

Secara total 700 pekerja akan diberhentikan di seluruh dunia melibatkan kos penstrukturan semula bernilai USD50 juta dalam tahun 2020. Proses pemulihan ini dijangka akan selesai hujung tahun ini tetapi tidak mustahil kos tambahan pelan ini akan turut terkesan sehingga tahun 2021.

Ini boleh menjadi ingatan untuk kita semua agar jangan boros dan jimatkan pendapatan untuk perkara yang perlu sahaja. Bantu mereka yang memerlukan setakat termampu.

Tapi boleh tahan ngeri bila tengok orang kita shopping raya, macam nak dihabiskan terus semua duit yang ada dengan alas an ekonomi akan segera pulih.

Google ads
Back to top button