Buletin

10 PORSCHE DAPAT TIKET SAMAN SERENTAK. LANGGAR HAD LAJU DALAM ZON 64 KM/J

Sebanyak 10 jentera Porsche menerima tiket saman secara serentak di daerah Gilpin, Colorado, Amerika Syarikat (AS) kerana melanggar had laju di kawasan terbabit.

Menurut ciapan di Twitter Colorado State Police, jentera-jentera berkenaan memandu pada kelajuan 129 km/j dalam zon 64 km/j.

Kesemua jentera telah ditahan dan menerima tiket saman kerana melanggar had laju. Pihak polis menjadikan contoh tersebut dalam memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar jangan memandu dengan laju.

“Pro tip- Jika anda dan sembilan lagi kawan ditangkap memandu melebihi 129 km/j dalam zon 64 km/j, anda semua akan menerima tiket saman.

“Disebabkan ia mengambil masa yang lama dalam mengeluarkan 10 tiket saman, pelan makan malam anda akan terganggu.

“Justeru, kita perlu fikir terlebih dahulu sebelum menyebabkan orang lain cedera atau terbunuh disebabkan sikap pentingkan diri sendiri. Tolong perlahankan kenderaan anda,”  kata kapsyen gambar terbabit.

Undang-undang di Colorado memperuntukkan bahawa sesiapa yang memandu melebihi dari 64 km/j melebihi had laju mereka boleh dikenakan saman.

Denda tersebut akan ditentukan oleh hakim di mahkamah kelak. –autoevolution.

Google ads
Back to top button