
REMAJA 16 TAHUN PECAH REKOD PEMANDU TERPANTAS SLALOM. LENJAN PORSCHE 718
Porsche 718 Boxster Spyder mencatat rekod baharu Guiness World Record bagi kenderaan terpantas Slalom.
Lebih menarik, pemandu di belakang jentera berkenaan merupakan remaja berusia 16 tahun, Chloe Chambers.
Dalam ujian itu, Chambers berjaya melepasi halangan sebanyak 51 buah kon yang disusun pada jarak sejauh 15.4 meter antara kon dengan catatan masa 47.45 saat.
“Ia nampak mudah tetapi tidak sama sekali untuk melakukan rekod ini. Saya perlu melepasi 50 kon sepantas mungkin untuk mengejar masa dan tidak boleh menyentuh kon tersebut. Jelas terasa tekanan.
“Bagaimanapun, pada akhir ujian, semuanya berjalan lancar, kereta pun beroperasi seperti diharapkan dan saya mengawal tekanan dengan baik,’ katanya.
Porsche 718 Boxster Spyder yang dipandu Chambers mendapat khidmat enjin 4.0 liter aspirasi natural.
Ia mampu menghasilkan 414 hp dan tork 420 Nm dengan sistem transmisi standard manual enam kelajuan dan pecutan 0-100 km/j dalam tempoh kira-kira 4.4 saat. – carscoops.
- BACA: BUGATTI CHIRON, PORSCHE 911 CABRIOLET, MERCEDES BENZ C-CLASS ‘BERLAGA’ DI SWITZERLAND. KERUGIAN CECAH AS$4 JUTA
- BACA: PORSCHE 911 JAHANAM. REMAJA DITAHAN POLIS
- BACA: MCLAREN 620R DIRAMPAS KERANA ‘MENYAMAR’ SEBAGAI PORSCHE CAYMAN
- BACA: GUNA CEK PALSU BELI PORSCHE 911 TURBO. CETAK SENDIRI KAT RUMAH. YAKINNYA KAMU!!!