Buletin

WALMART GUNA DRON HANTAR KIT UJIAN COVID-19

Pasaraya popular di Amerika Syarikat (AS), Walmart melancarkan program perintis menghantar kit ujian Covid-19 ke rumah menggunakan dron.

Begitupun, projek perintis berkenaan hanya menghantar dalam radius 1 kilometer dari premis mereka di utara Las Vegas.

Ia merupakan sebahagian daripada eksperimen Walmart menggunakan dron.

Pelanggan akan menerima teks daripada DroneUp ketika ujian Quest Diagnostics (DGX) sedang dalam perjalanan.

Bergantung kepada lokasi, kit akan diturunkan di jalan masuk di hadapan dan tepi rumah atau halaman belakang rumah.

Penghantaran, yang memakan masa hanya lima minit, adalah percuma.

Sampel kemudian boleh dihantar melalui FedEx ke makmal Quest, dan keputusan pula dikeluarkan secara digital dalam tempoh dua hari.

Program perintis ini memberikan gambaran bagaimana dron dapat digunakan di masa depan untuk membuat penghantaran yang lebih cepat, tanpa memerlukan kontak.

“Kami berharap penghantaran kit melalui dron akan membantu ujian tanpa sentuh pada skala yang lebih besar dan meningkatkan cara inovatif Walmart merancang dalam menggunakan penghantaran dron pada masa akan datang,” kata Naib Presiden Kanan Produk Pengguna Walmart, Tom Ward.

Buat masa ini, sebilangan besar penduduk AS tidak akan mendapat akses kepada penghantaran ujian dron berkenaan.

Walmart bercadang memperluaskan projek perintis berkenaan di ke Cheektowaga, New York pada awal Oktober ini.

Pada minggu lalu, Quest dan Walmart mengumumkan bahawa ujian Covid-19 kini dapat dijalankan di lebih 500 lokasi farmasi pandu lalu Walmart di AS bagi memudahkan orang ramai. – agensi

Google ads
Back to top button