
PORSCHE TAYCAN RASMI DILANCARKAN. 3 VARIAN, BERMULA RM725K
Sime Darby Auto Performance (SDAP) hari ini melancarkan model elektrik pertama Porsche Taycan ke pasaran Malaysia. Sports sedan empat pintu itu didatangkan dalam tiga varian Taycan Turbo S, Taycan Turbo dan Taycan 4S.
Harganya pula masing-masing bermula RM1,19 juta, RM 999,000 dan RM725,000 seunit.
Jentera elektrik sepenuhnya itu menawarkan prestasi Porsche dan teknologi tercanggih untuk kegunaan setiap hari.
Taycan Turbo S dan Taycan Turbo menggunakan Porsche E-Performance dan menjadi antara model produksi paling berkuasa pernah Porsche hasilkan setakat ini.
Falsafah profail pemanduan Taycan adalah sama dengan model Porsche yang lain. Mode pemanduan Sport Plus dan Individual merupakan sebahagian daripada Sport Chrono Package yang hadir sebagai ciri standard pada Taycan Turbo S.

Prestasi
Taycan Turbo S mampu menjana sehingga 560 kW (761 PS) dan tork 1,050 Nm bersama kuasa overboost dan dipadankan bersama Launch Control. Ini membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.8 saat.
Manakala Taycan Turbo berkuasa 500 kW (680 PS) dan tork 850Nm dengan pecutan 0-100km/j Cuma 3.2 saat.
Dari segi jarak pula, Turbo S mampu bergerak sejauh 412km dan 450km untuk Turbo (berdasarkan kepada bacaan WLTP). Kelajuan maksimum kedua-dua model itu ialah 250km/j.

Dengan Performance Battery, Taycan 4S menawarkan kuasa 390kW (530 PS) menerusi kuasa overboost bersama ciri overboost. Jika anda memilih Performance Battery Plus, kuasa dapat ditingkatkan menjadi 420 kW (571PS).
Jentera itu boleh mencapai jarak 407km dan sejauh 463km jika menggunakan Performance Battery Plus.
Taycan merupakan kenderaan produksi pertama yang memiliki sistem voltaj 800 volts berbanding 400 volt pada kereta elektrik lain. Ini membolehkan bateri dicaj penuh dalam masa hanya 36 minit jika menggunakan pengecaj pantas 175kW.

Kapasiti penuh Performance Battery Plus is 93.4 kWh dan boleh menerima arus elektrik lebih tinggi. Pelanggan juga boleh mengecaj dengan kadar 11kW menggunakan plug biasa di rumah.
Bagi memberi ketenangan minda kepada pembeli, mereka akan menikmati program penyelenggaraan dan jaminan komprehensif selama empat tahun. Jaminan bateri pula adalah selama 8 tahun.
Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan jaminan kenderaan lanjutan sehingga 15 tahun.

Luaran
Taycan Turbo S dilengkapi sistem brek Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB). Selain skirting sisi, peresap udara belakang dan banyak lagi. Semua ini hadir sebagai pilihan untuk varian Taycan Turbo dan Taycan 4S.
Sistem lampu utama LED Matrix dan Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus) adalah standard untuk Taycan Turbo S and Taycan Turbo. Sementara Taycan 4S hadir dengan lampu utama LED bersama ciri Porsche Dynamic Light System Plus (PDLS Plus).

Rekaan dalaman
Ruang kabin Taycan diinspirasikan daripada gayaan papan pemuka 911 tahun 1963. Ia diserlah dengan kluster instrumen melengkung bersaiz 16.9 inci. Di bahagian konsol tengah pula dipasang dengan paparan infohibur bersaiz 10.9 inci bersama panel berwarna hitam.
Kemasan kulit menjadi ciri standard untuk Taycan Turbo S dan Taycan Turbo, serta pilihan bagi varian Taycan 4S. Ruang dalaman ini menggunakan material yang telah dikitar semula.

Pengecasan Taycan
Sebagai sebahagian daripada pengalaman memiliki sebuah Porsche, SDAP akan menawarkan penyelesaian pengecasan pintar dan holistik kepada pelanggan. Ini merangkumi 22 kW Porsche Mobile Charger Plus dan Porsche Home Energy Manager.
Pemeriksaan pengecasan di rumah juga akan dilaksanakan untuk memastikan sama ada pemasangan sistem pengecaj boleh dibuat atau sebaliknya. Bagi memudahkan akses kepada pengecasan pantas, pengecaj DC (Direct Current) berprestasi tinggi telah dipasang di semua Porsche Centre.
SDAP memberitahu penyerahan pertama Taycan akan bermula pada suku pertama 2021.
- BACA: TAYCAN SEMAKIN POPULAR. PORSCHE PINJAM 400 PEKERJA AUDI BANTU PRODUKSI
- BACA: WILL SMITH – PEMANDU LYFT PALING BERGAYA DENGAN PORSCHE TAYCAN TURBO S
- BACA: INILAH CASH COW TERKINI PORSCHE – TERIMA 30K TEMPAHAN, PRODUKSI TAYCAN MULA MINGGU DEPAN
- BACA: PORSCHE LANCAR TAYCAN – 750HP, HARGA BERMULA RM643K
GALERI