
BYD BINA SUSPENSI CASIS BAHARU MACAM PORSCHE DAN MERCEDES UNTUK EV PREMIUM
BYD baru-baru ini melancarkan sistem suspensi casis baharu, selaras dengan usaha syarikat itu bergerak ke arah pembuatan kenderaan elektrik premium.
BYD DiSus Intelligent Body Control System adalah sistem suspensi casis serupa yang terdapat pada Dynamic Chassis Control (Porsche) dan Magic Body Control (Mercedes Benz).
Sistem DiSus datang dalam tiga variasi dan akan digunakan dalam SUV off-road mewah, BYD Yangwang U8.

Selain itu, ia juga bakal diguna pakai untuk model Han, Tang dan Denza BYD.
Langkah itu diambil bagi membolehkan BYD ‘bermain’ dalam segmen mewah kerana model semasa tertumpu pada harga sekitar di bawah AS$43,641 (RM192,718).
BYD turut mendapat manfaat daripada bateri serta sistem trenkuasa yang dibangunkan sendiri.
Bulan lalu, syarikat itu melaporkan peningkatan sebelas kali ganda dalam keuntungan suku keempat dengan margin keuntungan kasar 20.4 peratus berbanding margin 3.7 peratus pada 2021.
- BACA: BYD DEDAH SEAGULL SECARA RASMI – GUNA BATERI NATRIUM-ION BYD, JARAK GERAK 405KM, HARGA BERMULA RM51K
- BACA: KENAPA BATERI BYD BLADE LAGI POWER DARI BATERI ION LITHIUM TESLA?
- BACA: BIMS 2023: BYD PERKENAL MPV ULTRA MEWAH DENZA D9. LEBIH BESAR DARIPADA ALPHARD, 600KM SEKALI CAJ
- BACA: BYD BAKAL LABUR RM2.2 BILION BINA KILANG PEMASANGAN DI FILIPINA








