Artikel Pilihan

BMW 530 MLE – INILAH DIA LAGENDA SEBENAR 5 SERIES

Pasti ramai diantara kita yang menaruh minat terhadap model BMW 5 Series, terutamanya bani Melayu. Model BMW 5 Series ini juga harus diakui, cukup popular di serata dunia.Sehiggga kini ianya telah mencecah sehingga tujuh generasi (generasi kelapan bakal dilancarkan tidak lama lagi) semenjak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1972.

Generasi pertama dengan kod E12 ini telah dikeluarkan bermula tahun 1972 hingga ke tahun 1981. Namun ketika generasi pertama ini diperkenalkan, model berprestasi tinggi M5 masih belum lagi wujud. M5 hanya wujud ketika generasi kedua dengan model E28.

Dan tahukah bahawa terdapat sebuah model istimewa tentang generasi pertama ini, BMW 530 MLE. Alkisah kewujudan model ini timbul apabila BMW mahu pergi berlumba di Afrika Selatan, Ketua BMW Motorsport kala itu, Jochen Neerpasch telah meminta untuk disediakan dua boleh model standard generasi pertama bagi berlumba bagi kategori Modified Production Series di sana.

Walau bagaimana pun, syarat untuk menyertai perlumbaan tersebut memerlukan BMW Afrika Selatan menjual 100 unit model 530 Motorsport Limited Edition (MLE) ini kepada umum sebagai salah satu keperluan untuk proses homologasi. Dan ianya telah dibina oleh BMW Motorsport sebanyak 110 unit Type 1 pada tahun 1976 manakala 117 unit lagi telah dibina telah dibina melalui kilang pemasangan BMW Group Plant Rosslyn pada tahun 1976 di Afrika Selatan sendiri.

Dan hasil daripada penyertaan BMW dalam perlumbaan tersebut, model ini telah berjaya meraih keputusan yang cemerlang. Model 530 ini telah memenangi kejuaraan keseluruhan tiga tahun berturut – turut dan ianya kekal menjadi model yang paling berjaya dalam perlumbaan 5 Series dalam sejarahnya apabila ianya dipencenkan sepenuhnya pada tahun 1985.

Dan model asal BMW 530 MLE dengan nombor 100 ini telah berjaya dijumpai dalam keadaan sempurna oleh BMW Afrika Selatan. Ianya dimiliki oleh Peter Kaye-Eddie yang juga merupakan pelumba merangkap pengurus untuk pasukan BMW 530 MLE ini.

Ternyata otai masih lagi berbisa. Lagenda ni oi!

BACA : BMW MALAYSIA DEDAH 5 MODEL BAHARU M. M3 COMPETITION, M4 COUPE COMPETITION, M5, M5 COMPETITION DAN I4 M50

BACA : AUTO BAVARIA TAWAR BMW 5 SERIES EDISI TERHAD DENGAN M PERFORMANCE PARTS. 30 UNIT SAHAJA, BERMULA RM347K

Google ads

B K

Back to top button