
2 TEKNOLOGI BARU DALAM ENJIN SAGA 2025 BUAT HATERS PROTON TERDIAM
Jika penulis sebut kepentingan pam air yang dikuasakan oleh elektrik yang digunakan oleh Proton Saga 2025, rasanya hampir semua pembaca tahu kelebihan menggunakan teknologi elektrik berbanding dengan mekanikal
Sama seperti pemampat penyaman udara yang menggunakan elektrik, pam air elektrik hanya akan berfungsi apabila perlu sahaja. Ia tidak akan sentiasa “merompak” kuasa enjin dan menggunakan petrol dalam prosesnya. Bila perlu, motor elektrik akan berfungsi.
Tapi selain daripada pam air elektrik, Proton juga turut memperkenalkan 2 teknologi baru dalam enjin 1500cc BHE15PFI milik mereka. Yang pertama ialah Dual Mass Flywheel dan kedua ialah Toothed Timing Chain.
Tapi apa benda semua ini? Apa kepentingannya?
Dual Mass Flywheel
Kelebihan nyata yang ada pada komponen ini ialah, Dual Mass Flywheel (DMF) menjadikan enjin lebih lancar, tapi tak ramai sedar komponen ini juga membantu menjimatkan petrol secara tak langsung.
1. Apa fungsi asas flywheel?
Dalam semua enjin, flywheel berfungsi menyimpan tenaga putaran dari aci engkol supaya pusingan enjin jadi stabil antara setiap lejang pembakaran. Kalau flywheel ringan, respon enjin menjadi laju tetapi menghasilkan getaran tinggi
Kalau flywheel menjadi berat, getaran semakin kurang tetapi inersia menjadikan flywheel lambat untuk respon. Rekaan konvensional flywheel tunggal biasanya terus disambungkan dengan clutch dan gearbox. Jadi apabila crankshaft bergetar (terutama pada RPM rendah), semua getaran tu dihantar terus ke transmisi dan kabin.
Untuk mengurangkan gegaran tersebut, pengeluar perlu meningkatkan idle RPM, atau menggunakan cagak enjin yang lebih keras. Masalahnya ialah kedua-dua solusi ini menambah parasitic loss dan sedikit penggunaan bahan api.
2. Bagaimana DMF berfungsi?
DMF (Dual Mass Flywheel) ini sebenarnya dua keping flywheel berasingan, disambung oleh spring tork dan damper dalaman. Bahagian pertama komponen ini melekat pada enjin (crankshaft) manakala komponen bahagian kedua bersambung dengan clutch dan gearbox
Spring wujud di tengah-tengah flywheel bertindak menyerap hentakan tork setiap kali piston menerima kuasa pada lejang kuasa, jadi getaran tork tu tak sampai kuat ke gearbox. Hasilnya ialah enjin boleh beroperasi pada RPM lebih rendah tanpa gegaran kasar
Malah komponen ini menjadikan pemanduan terasa lebih lancar semasa gear rendah. Klac juga akan menjadi lebih tahan disebabkan hentakan tork sudah diserap oleh spring. Persoalannya ialah bagaimana Dual Mass Flywheel ini membantu menjimatkan bahan api?
Pertama ialah DMF berupaya menurunkan RPM pada keadaan idle (melahu) dengan lebih stabil. Tanpa mengalami masalah gegaran kuat, ECU boleh disetkan serendah 650–700 rpm (berbanding 850–900 rpm kalau pakai single mass). RPM rendah = penggunaan petrol lebih jimat masa berhenti atau cruising perlahan
Kedua ialah DMF mengurangkan kehilangan tenaga dalam transmisi. Apabila getaran tork diredam, gear dan bearing dalam gearbox tidak terdedak dengan “shock wave” pada setiap lejang pembakaran, jadi geseran dalaman menurun sikit dan enjin menjadi lagi efisien.
DMF juga bertindak dengan mengurangkan inertia tidak perlu semasa penukaran gear. Ini disebabkan sifat DMF yang lebih “elastik”. Jadi semasa gear berubah, tenaga kinetik tidak akan hilang secara mendadak. Peralihan gear menjadi lebih lembut, dan ECU tak perlu menambah bahan api untuk stabilkan RPM.
DMF juga berupaya mengurangkan keperluan NVH tambahan. Apabila enjin menjadi lancar, Proton Saga cagak enjin yang tebal dan berat (yang biasanya menambah berat & rintangan sistem), menjadikan keseluruhan powertrain lebih ringan dan efisien.
3. Anggaran kesan sebenar
Secara purata, DMF boleh membantu menjimatkan sekitar 2–4% bahan api, bergantung pada saiz enjin dan tuning ECU. Tapi kesan paling ketara ialah refinement (kehalusan) meningkat dan enjin terasa lebih lancar walaupun RPM rendah.
Toothed Timing Chain
Ramai pengguna menyangka semua sistem timing chain sama sahaj, tapi “toothed timing chain” ni sebenarnya satu evolusi besar dalam rekaan tren pemasaan enjin moden. Ia bukan sekadar kuat dan tahan lama, tapi turut membantu mengurangkan kehilangan tenaga dalam enjin, menjadikannya lebih efisien dan senyap.
1. Apa beza toothed timing chain dengan roller chain biasa?
Secara konvensional, enjin menggunakan sistem roller-type timing chain dengansetiap pautan (link) memiliki pin dan roller silinder kecil yang berpusing atas gear sprocket. Masalah utama ialah geseran dalaman sistem ini sendiri apabila roller berpusing, ada geseran gelongsor (sliding friction) wujud di antara pin, roller dan gear.
Geseran ni menghasilkan bunyi bising, kehausan, dan kehilang sedikit tenaga mekanikal setiap kali gear berpusing.
Toothed chain pula rekaannya lain sedikit. Ia direka seperti gabungan antara rantai dan tali sawat timing belt dengan setiap link ada gigi (tooth) yang masuk dan mengunci terus ke gear sprocket. Tiada roller berpusing, jadi tiada geseran berpusing. Hasilnya rekaan toothed timing chain lebih senyap, lebih ringan, dan kurang tenaga hilang akibat geseran.
2. Kurang geseran = kurang parasitic loss
Dalam enjin, setiap komponen yang bergerak akan “mencuri” sedikit tenaga daripada aci engkol dan keadan ini dipanggil sebagai parasitic loss. Dengan sistem toothed chain, ia akan mengurangkan geseran mekanikal, rantai pemasaan lebih stabil, dan kurang kuasa diperlukan untuk memusingkan aci sesondol
Semua ini membantu mengurangkan tenaga hilang sekitar 1–2%, yang terus diterjemah jadi penjimatan bahan api & pecutan lebih responsif.
3. Operasi lebih senyap & lancar
Disebabkan tiada roller yang berpusing pada gear pada setiap putaran, bunyi “klik” atau “derum halus” dari rantai pemasaan berkurang ketara. Proton memang menjadikan aspek ini sebagai USP yang baru, dan antara objektif utama mereka ialah NVH lebih baik berbanding enjin generasi lama.
Kesimpulan DMF dan Toothed Timing Chain
Dalam konteks enjin Proton i-GT (BHE15PFI), toothed timing chain ni nampak macam perkara kecil, tetapi sebenarnya sangat penting dalam strategi “total efficiency engineering”. Setiap peratus tenaga yang dijimatkan dari geseran sama ada dari pam air elektrik, DMF, atau toothed chain menyumbang kepada jumlah kecekapan14.04% seperti yang didakwa oleh Proton


