Artikel Pilihan

BUAT APA MOTOR HP TINGGI TAPI KENA PANDU SLOW MACAM SIPUT?

Kuasa kuda yang tinggi memang best kalau pandu laju ikut nafsu. Tekan-tekan pergi, memang padu. Tapi awas kalau anda pandu kereta elektrik, mungkin anda akan hilang 40% jarak perjalanan kalau anda bawak seperti setanyahu

Itulah pengajaran paling jelas daripada video Eurocharge 2025 EV Road Trip dimana semakin laju EV dipandu ia akan memberi kesan terhadap jarak perjalanan kereta elektrik. Dalam video di bawah, semua EV yang dipandu pada halaju 130km/hi kehilangan hampir 40% daripada jarak asal WLTP yang diiklankan.

Sebaliknya, apabila dipandu pada had laju sekitar 90 km/j dan ke bawah, semua kereta elektrik dengan mudah mencapai angka kecekapan dan jarak rasmi WLTP. Walaupun perjalanan itu sebenarnya lancar dengan adanya pengecas pantas di sepanjang jalan utama, satu kelemahan ketara tetap terserlah iaitu EV dan kelajuan tinggi memang tak serasi.

Kalau perjalanan itu melibatkan Autobahn Jerman yang tiada had laju, besar kemungkinan semua peserta dalam video akan menghabiskan lebih banyak masa mengecas daripada memandu.

Renault 4 E-Tech, antara EV paling efisien dalam rombongan, mencatatkan 7.24km/kWh (13.8 kWh/100 km) ketika dipandu perlahan di jalan berbukit seperti Laluan Stelvio dan Gavia di Itali. Tetapi apabila memasuki lebuh raya di Hungary dengan sedikit headwind, kecekapan itu jatuh kepada 4.29km/kWh (23.3 kWh/100 km).

Secara teori, ia boleh bergerak 234 batu (377 km) dalam satu cas pada tahap terbaik, tapi hanya 139 batu (223 km) bila dipandu laju. Semua lapan EV dalam perjalanan menunjukkan pola yang sama, termasuklah model terkini seperti Porsche Macan EV dan Audi A6 e-tron Quattro yang menggunakan platform 800 volt.

Masalah sebenar: Kecekapan, bukan sekadar saiz bateri

Menambah saiz bateri besar memang membantu, tapi penyelesaiannya bukan itu saja. Kuncinya ialah meningkatkan kecekapan sistem. BMW i5 masih menggunakan seni bina 400 volt, sedangkan EV paling efisien dunia kini beroperasi dengan 800 volt atau lebihseperti Lucid Air, juara jarak jauh dengan lebih 500 batu (805 km) boleh dipandu pada 110 km/j dalam satu cas.

BMW kini memperkenalkan generasi baharu Neue Klasse 800 volt, dengan motor dan bateri lebih efisien. Model pertama, iX3, mencatatkan 804km WLTP, bukan kerana baterinya besar semata-mata, tapi kerana kecekapan aerodinamik dan sistemnya jauh lebih baik, walaupun ia SUV yang besar.

Kami huraikan dengan lebih jelas kenapa memandu laju kereta elektrik akan membunuh jarak pemanduan.

Rintangan Udara Naik Secara Gila-Gila

Setiap kali anda tekan pedal dan kereta meluncur laju, rintangan angin meningkat mengikut kuasa dua kelajuan (v²). Contohnya, bila kelajuan naik dari 90 km/j ke 130 km/j, rintangan udara naik lebih daripada dua kali ganda. Untuk kekalkan kelajuan tu, motor elektrik perlu keluarkan tenaga jauh lebih besar.

Dalam ujian sebenar, Renault 4 E-Tech guna hanya 13.8 kWh/100 km pada 90 km/j, tapi bila dipandu 130 km/j, terus melonjak ke 23.3 kWh/100 km iaitu peningkatan hampir 70% tenaga lebih, semata-mata disebabkan faktor angin.

2. Bateri Tak Sama Macam Tangki Petrol

Apbila motor perlukan kuasa besar, bateri kena lepaskan arus tinggi (high discharge rate). Masalahnya, semakin laju arus dikeluarkan, semakin banyak tenaga hilang sebagai haba. Ini bukan saja kurangkan kecekapan, tapi juga memanaskan sel bateri, memaksa sistem penyejukan bekerja keras. Hasilnya? Jarak menurun dengan cepat walaupun bateri nampak “penuh”.

3. Berat EV Membawa Padah

Kebanyakan EV moden beratnya lebih 1.8 tan dan sebahagiannya datang daripada berat pek bateri yang besar di bawah lantai. Semasa memecut atau kekal pada kelajuan tinggi, berat tambahan ni bermakna motor perlu lawan inersia lebih besar dan pada masa yang sama penyejukan motor serta bateri menyedut tenaga tambahan untuk penyejukan efektif

4. Voltan Sistem Jadi Penghad

Tidak semua EV dicipta sama. Model berasaskan sistem 400 volt (sepertiBMW i5 atau Tesla Model Y) menghadapi cabaran bila dipacu laju. Ini disebabkan, arus tinggi (oleh sistem 400v) menghasilkan kehilangan tenaga I²R (haba akibat rintangan).

Berbeza dengan EV yang direka di atas platform 800 volt (Lucid Air, Porsche Taycan, Hyundai Ioniq 6), EV ini lebih efisien pada kelajuan tinggi disebabkan menggunakan arus lebih rendah, maka tenaga kurang terbuang dalam bentuk haba.

5. Regenerative Braking Tak Boleh Bantu Banyak

Satu kelebihan EV ialah brek regeneratif dimana sistem ini bertindak menukar tenaga kinetik menjadi tenaga elektrik yang boleh disimpan dan digunakan semula. Tapi pada kelajuan tinggi terutama di lebuhraya, sistem brek regeneratif kurang digunakan

Kelajuan tinggi bukanlah dosa besar yang tidak boleh dimaafkan tapi pada EV, dan sebagai contoh setiap kilometer pada 130 km/j menelan jauh lebih tenaga daripada 90 km/j. Jika anda bercadang untuk kekalkan jarak yang maksiman maka anda kena pandu sekitar 90-100km/h, elakkan pecutan agresif dan gunakan mode ECO secara maksima

Google ads
Back to top button