Buletin

HITACHI LANCAR BATERI KENDERAAN

Hitachi kini menyertai pasaran bateri kenderaan di Malaysia apabila memperkenalkan siri bateri ES dan MFX.

SONY DSC

Bateri yang diimport dari kilang Hitachi di Thailand itu diedarkan ke seluruh Malaysia oleh pihak Borneo Technical Co (M) Sdn Bhd (Borneo Technical), ahli Kumpulan Toyota Tsusho.Borneo Technical.

Bagi memberi ketenangan minda kepada para pelanggannya, Hitachi menawarkan jaminan selama dua tahun bateri MFX. Pertama yang seumpamanya dalam pasaranbateri automotif di Malaysia.

SONY DSC

Dengan slogan “Direka untuk tahan lebih lama”, bateri Hitachi tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan, berkualiti tinggi dan dihasil menggunakan 100 peratus  teknologi Jepun.

Bateri tersebut diperkenalkan kepada media baru-baru ini dalam satu majlis menandatangani perjanjian di antara Hitachi Chemical Asia-Pacific Pte Ltd (HCAP) dan Borneo Technical. Ia bagi melantik Borneo Technical selaku pengedar bateri tersebut di Malaysia mulai Mei 2015.

SONY DSC

HCAP diwakili oleh Pengarah Urusannya, Shigeru Fujita. Sementara Borneo Technical  diwakili oleh Presidennya, Takuya Hirano. Pengurus Besar dan Pengarah, Bahagian Jualan & Pemasaran HCAP, Jackie MK Chuah serta Naib Presiden Borneo Technical, YK Chow turut hadir untuk menyaksikan acara menandatangani perjanjian itu.

Menurut Fujita, pihaknya yakin bateri automotif Hitachi mempunyai potensi besar di pasaran Malaysia.

SONY DSC

“Malaysia merupakan antara pasaran kenderaan bermotor terbesar di rantau ASEAN. Kini terdapat lebih 20 juta kenderaan bermotor dan angka ini dijangka terus meningkat. Jadi kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Borneo Technical. Ia mempunyai pengetahuan mengenai pasaran tempatan serta rangkaian pengedar yang luas untuk menyokong produk kami,” kata Fujita.

HCAP optimis untuk melihat Hitachi menjadi peneraju dalam sektor bateri aftermarket di Malaysia, terutama dalam sektor premium memandangkan bateri Hitachi berteknologi tinggi dan direka untuk tahan lebih lama.

SONY DSC

Rangkaian bateri kereta Hitachi boleh didapati di lebih 5,000 wakil penjual di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Harga siri MFX bermula RM350 dan RM250 untuk siri ES.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button