Buletin

UMW TOYOTA PANGGIL SEMULA 255 UNIT LEXUS NX

Selari dengan inisiatif Toyota Motor Corporation (TMC) untuk memanggil semula Lexus NX, UMW Toyota Motor dilaporkan mengambil langkah yang sama.

Lexus-NX-launch-mekanika (5)

Menurut UMW Toyota Motor, pihaknya telah mendapat pengesahan daripada TMC bahawa terdapat kira-kira 255 unit Lexus NX yang dikilangkan dari November 2014 hingga Mac 2015 yang terlibat dalam proses panggilan semula ini berada di Malaysia.

Panggilan semula itu dibuat bagi menggantikan ABS actuator. Untuk makluman, sistem brek ABS, Traction Control System (TRAC) dan Vehicle Stability Control System (VSC) dikawal oleh ABS actuator.

SONY DSC

Disebabkan oleh bentuk satu komponen di dalam ABS actuator yang tidak betul, wujud kemungkinan ia mengalami kerosakan ketika dipasang. Jika kerosakan ini berlaku, kawalan tekanan minyak mungkin tertangguh apabila brek anti kunci diaktifkan.

Keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan dan meningkatkan risiko kemalangan.

SONY DSC

Justeru, UMW Toyota Motor akan menghubungi semua pelanggannya untuk menjalankan pemeriksaan dan penggantian secara percuma. Model-model Lexus lain yang dijual oleh UMW Toyota Motor tidak terlibat dalam kempen ini.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button