Buletin

3 MODEL LIBERTY WALK EU DITAYANGKAN DI LONDON – ADA LAMBO AVENTADOR!

Sekarang ini trend kit badan kereta lebar memang menjadi-jadi. Di antara nama besar dalam scene kit lebar ini ialah Liberty Walk, RWB untuk Porsche dan tidak kurang hebat ialah SR Super Rocket dari Melaka.

Identiti utama ketiga-tiga syarikat ini ialah, kit badan mesti luar biasa dan ekstrem. Selain itu, kereta yang digunakan pula jenis eksotik seperti Lamborghini, Porsche kecuali SR Super Rocket yang lebih pelbagai.

Tiga jenama ini pula boleh menjadi penarik perhatian apabila ia dipamerkan di acara permotoran. Sempena Pameran Kenderaan London Confused.com pada Mei depan, Liberty Walk EU akan mempertontonkan Lamborghini Aventandor 2018 dan dua buah  model hebat lain iaitu Nissan GTR dan BMW M4.

Liberty Walk EU ialah cawangan kepada operasi asalnya di Jepun dan tertumpu kepada pelanggan sekitar Eropah. Bengkel dan pusat jualan ini dikatakan pemborong dan pengimport kelengkapan modifikasi terbesar di UK.

Mengikut laporan Jalopnik, pelanggan utama Liberty Walk adalah dari Amerika Syarikat dan salah satu isu dengan Eropah ialah undang-undang lebih ketat. 

Tetapi tidak menjadi masalah pun, negara kita juga dan itu tidak menghalang kehendak pemilik melampiaskan kreativiti mereka.

Lamborghini Aventador Liberty Walk 2018 yang bakal dibawa ke ruang pameran ini berwarna hijau dan ia dijangka menarik perhatian ramai. Nissan GTR putih Liberty Walk pula memang popular dan memang banyak tersimpan di dalam internet.

BMW M4 Liberty Walk yang bakal dibawa juga memang jahat habis dengan warna hitam kusam.

Dengan penyertaan Liberty Walk EU ini, penganjur pameran menjangkakan ia akan memberi impak besar kepada pengunjung. Malah acara kali ini yang dianjurkan di London ExCel adalah lebih besar daripada tahun lepas dengan lebih banyak kereta boleh dipamerkan.

Walaupun kedengaran hebat, London Motor Show sebenarnya baru bermula pada tahun 2016. Format pertunjukan kereta ini bukan seperti acara antarabangsa yang eksklusif tetapi lebih kepada acara mesra rakyat di mana pengunjung boleh berada begitu hampir kepada kereta.

Lama sikit mungkin boleh berevolusi kepada Tokyo Auto Salon atau SEMA. Hebat juga kan. Tapi rasa macam melampau pula, tak kisah lah apa pun sebab ada Liberty Walk, kira hebat lah.

BACA: LIBERTY WALK TUKAR DAIHATSU COPEN JADI NISSAN GT-R

BACA: APABILA LIBERTY WALK HASILKAN BODYKIT UNTUK HONDA S660 – INILAH HASILNYA!

Google ads
Back to top button