Artikel Pilihan

F40 MINI DARIPADA LIBERTY WALK MEMANG OHSEM – COMEL SANGAT NI

Tahun lepas Liberty Walk telah mempamerkan sebuah Ferrari F40 yang diubahsuai di Tokyo Auto Salon dan kali ini mereka membawakan pula F40 versi kerdil yang comel. Ia bukannya sebuah Ferrari yang dikecilkan tapi merupakan Mazda Autozam AZ-1 yang diberikan kit custom rekaan Liberty Walk.

AZ-1 ni sebenarnya antara kei car yang paling eksotik di Jepun. Dalam keadaan standard sekali pun ia memang menyerupai sebuah supercar cuma mempunyai saiz yang kecil. Mana ada kei car lain yang pakai pintu gullwing. Sebagai sebuah kei car ia dikuasakan enjin 657cc tge-selinder turbo yang mampu menjana 63hp kuasa maksima. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear lima-kelajuan manual yang menghantar kuasa ke roda belakang.

Kit badan yang dihasilkan Liberty Walk ni mengubah fasia depan dan hud AZ-1 kepada F40. Terdapat juga canard di bahagian sisi dan splitter yang menonjol di bahagian bawah. Lampu hadapan bulat tersebut bagaimanapun tidak termasuk dalam pakej upgrade ini. Oo kena cari sendiri ke bagaimana? Nak suruh top up dulu le ni.

Fender yang dilebarkan membuatkan AZ-1 ni kelihatan lebih gagah. Bukan itu sahaja, Liberty Walk turut menghasilkan panel pintu yang mempunyai ruang kemasukan udara ala NACA untuk meniru gaya F40 sebenar.

Bahagian belakang disudahkan dengan wing bersaiz gedabak. Itu belum termasuk diffuser belakang dan kombinasi tiga paip ekzos yang memang menyerupai F40. Lagi satu lampu belakang tu pun tak termasuk dalam pakej. Adeh.

Tiada maklumat tentang modifikasi dalaman tapi tempat duduk yang kelihatan dalam gambar menunjukkan yang ia bukan tempat duduk standard AZ-1. Kalau anda memiliki sebuah AZ-1 dan ingin menyoleknya agar kelihatan seperti Ferrari F40 yang ikonik, kita badan istimewa ini boleh didapati dengan harga USD22,600 (RM105,000)! Mahal kan? Lagi leceh kerana pemasangan dan proses cat kena urus sendiri.

Kalau nak lagi ganas boleh dapatkan sekali sport rim Liberty Walk yang bersaiz 16 inci di hadapan dan 17 inci di belakang. Ia merupakan rim tempa lima jejari yang berharga USD14,300 satu set (RM66,500)!

Amacam? On ke tak on?

Google ads
Back to top button