Buletin

JAECOO J5 EV RASMI DILANCARKAN – JANA 211PS, JARAK GERAK 402KM, HARGA MULA RM118K

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi melancarkan model elektrik sepenuhnya (EV) sulung jenama itu, JAECOO J5 EV.

SUV elektrik kompak tersebut hadir dengan dimensi sepanjang 4,380mm, lebar 1,860mm dan tinggi 1,650mm, manakala jarak roda berukuran 2,620mm bagi menawarkan ruang kabin yang lebih selesa.

Dari segi kelengkapan, J5 EV dilengkapi rim aloi 18-inci, bumbung panoramik berkemasan hitam berkilat bersama pelindung suria elektrik, serta pintu belakang berkuasa.

J5 EV ditawarkan dalam tiga pilihan warna luaran, iaitu Alpine Green, Fjord Grey dan Carbon  Crystal Black, memberikan pelanggan pilihan kemasan yang bersesuaian dengan gaya  peribadi masing-masing.

Bahagian dalaman pula menampilkan upholsteri kulit sintetik, tempat duduk hadapan larasan elektrik dengan fungsi pengudaraan, selain sistem pencahayaan ambien 64 warna.

SUV ini turut dibekalkan dengan skrin sentuh infotainmen bersaiz 13.2-inci, paparan instrumen digital lapan inci, sistem audio lapan pembesar suara, pengecas telefon pintar tanpa wayar 50W serta fungsi telematik.

Selain itu, fungsi Vehicle-to-Load (V2L) membolehkan tenaga daripada bateri digunakan untuk menghidupkan peralatan elektrik luaran, menjadikannya sesuai untuk aktiviti perkhemahan atau riadah bersama keluarga.

Spesifikasi Utama JAECOO J5 EV:

  • Motor elektrik hadapan
  • Kuasa maksimum: 155kW (211PS)
  • Tork maksimum: 288Nm
  • Bateri: 58.9kWh CATL Lithium Iron Phosphate (LFP)
  • Jarak pemanduan: sehingga 402km (WLTP)
  • Pengecasan DC: 30% hingga 80% dalam 28 minit
  • Fungsi Vehicle-to-Load (V2L)
  • Active Grille Shutter (AGS)
  • ADAS Tahap 2+ dengan 19 ciri keselamatan pintar
  • Kamera 540° HD Surround View
  • Skrin infotainmen tengah 13.2-inci resolusi 2K
  • Bumbung kaca panoramik 1.45 meter persegi
  • Cermin sisi hadapan dwi-lapisan (double-glazed)
  • Suspensi belakang multi-link
  • Kawalan iklim automatik dua zon
  • Frunk berkapasiti 35 liter
  • Ruang kargo belakang 480 liter
  • 35 ruang simpanan pintar dalam kabin

J5 EV dilengkapi pelbagai teknologi pintar yang direka untuk memberikan lebih kemudahan dan keyakinan ketika berada di jalan raya.

Menawarkan rangkaian komprehensif 19 ciri Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2+, J5 EV membantu pemandu dalam pelbagai situasi pemanduan. Antaranya  termasuk:

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Full-Speed Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Front Vehicle Departure Alert (DAI)
  • Integrated Cruise Assist (ICA)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)
  • Rear Cross-Traffic Braking (RCTB)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Evasive Steering Assist (ESA)
  • Door Opening Warning (DOW)
  • Active Speed Limiter (ASL)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Multi-Collision Braking (MCB)
  • Emergency Lane Keeping Assist (ELK)

Beralih pada harga pula, J5 EV ditawarkan pada harga bermula RM118,800 (atas jalan tanpa insurans).

JAECOO J5 EV disokong oleh waranti pengeluar komprehensif sebagai standard, yang merangkumi:

  • Waranti kenderaan selama 7 tahun / 150,000km
  • Waranti bateri voltan tinggi selama 10 tahun / 200,000km

GALERI:

Google ads
Back to top button