Buletin

HARGA BODYKIT LIBERTY WALK INI LAGI MAHAL DARIPADA NISSAN GT-R TERPAKAI

Harga bagi sesuatu barang sememangnya subjektif, bergantung kepada kedalaman poket seseorang.

Jadi, apabila bodykit sesebuah kereta menjadi semakin mahal, masih ada yang mahu membelinya walaupun mungkin ramai yang menganggapnya tidak maasuk akal. 

Begitulah yang ditawarkan oleh firma talaan terkemuka dari Jepun, Liberty Walk. Terkenal dengan rekaan agresif dan kadang-kala agak over, Liberty Walk kini menawarkan bodykit LB-Silhouette Works GT 35GT-RR untuk Nissan GT-R. 

Bodykit itu didatangkan dalam beberapa versi material berbeza iaitu Dry Carbon, gabungan Dry Carbon dan FRP serta CFRP. Bodykit yang diperbuat daripada Dry Carbon ditawarkan pada harga sekitar AS$73,570 (RM303,750).

Kalau dilihat, harga itu sebenarnya sudah lebih mahal berbanding sebuah GT-R terpakai. 

Sementara bodykit yang menggunakan material FRP dan Dry Carbon pula berharga AS$53,050 (RM219,000). Harus tahu bahawa semua harga itu tidak termasuk suspensi udara yang memerlukan tambahan sebanyak AS$7,900 (RM33,000) lagi. 

Kalau hendak tampil seperti di dalam gambar ini, bodykit ini perlu dipasang sekali dengan suspensi udara, rim aftermarket, tayar Advan dan pelekat Liberty Walk. 

Bajet tak cukup? Jangan risau kalau kerana Liberty Walk ada menjual setiap bodykit itu secara berasingan.

Maka, bulan ini boleh beli bampar. Bulan depan beli pula apron, peresap udara belakang, skirting sisi, wing, fender flares dan seterusnya sampailah siap. 

Google ads
Back to top button