Artikel Pilihan

PERANGAI PELIK ENZO FERRARI DAN SYARIKAT FERRARI. KE POYO SANGAT?

Enzo Anselmo Giuseppe Maria Ferrari atau dengan nama pendek Enzo Ferrari merupakan pelumba, usahawan automotif, pengasas Scuderia Ferrari, seorang jurutera adalah satu nama yang besar dalam dunia automotif dengan mengasaskan sebuah syarikat menghasilkan dan menjual kereta sport Ferrari.

Dengan nama jolokan lain seperti The Great Oldman, Enzo Ferrari boleh dikatakan menjadi tokoh terbilang dalam dunia automotif. Namun dalam beberapa peristiwa bersejarah, Enzo boleh disifatkan bebal, bangga diri, susah menerima nasihat dan diajak berunding. Gaya pengurusannya di Ferrari lebih bercorak autokrasi berbanding dengan demokrasi.

Di sini kami senaraikan beberapa perangai Enzo yang menjengkelkan dan perangai ini diwarisi oleh pengurusan Ferrari sehingga hari ini.

1. Ferrucio Lamborghini merupakan seorang usahawan traktor yang berjaya di Itali dan memiliki beberapa buah Ferrari. Namun Ferrucio kecewa dengan kualiti dalaman Ferrari serta klac yang cepat rosak. Berang dengan kos pembaikan yang tak sudah, Ferrucio mengadu kepada Enzo berkenaan masalah ini dengan harapan komplen ini diambil secara serius.

Namun Enzo menyindir Ferrucio dengan kata-kata sinis ” awak mungkin boleh memandu traktor dengan baik, tapi tidak cukup bagus untuk memandu Ferrari”. Tercabar dengan ucapan Enzo, Ferrucio menghasilkan Lamborghini 350 GTV dan mulai menjualnya pada tahun 1964. Jika tidak diperli oleh Enzo, mungkin Ferrari kekal sebagai kereta sport tanpa pencabar dari Itali

2. Ford vs Ferrari – pada tahun 1963 Ferrari memerlukan dana bagi memastikan syarikatnya berjalan dan berupaya untuk menyertai perlumbaan. Namun faktior kewangan memaksa Enzo untuk berunding dengan Ford bagi menjual aset dan semua pengetahuan teknikal mereka kepada Ford dengan jutaan dollar. Namun terdapat satu klausa yang tidak dipersetujui oleh Enzo berkenaan aktiviti perlumbaan

Enzo hanya keluar dari bilik mesyurat bersama dengan peguamnya meninggalkan eksekutif Ford selepas 11 jam mesyuarat. Lagi menyakitkan hati, Ferrari menjual saham mereka kepada Fiat dengan harga yang lebih tinggi. Berang dengan tindakan Ferrari, Ford memutuskan untuk menghasilkan Ford GT40 bagi menghancurkan reputasi Ferrari di Perlumbaan 24 Jam Le-Mans

3. Enzo juga suka mewujudkan persaingan di antara pelumba dalam pasukan Ferrari dengan harapan persaingan akan memaksa mereka menjadi lebih baik. Namun persaingan yang sengit membuatkan pemandu pasukan Ferrari memandu melebihi had limit mekanikal dan menyebabkan kematian ramai pemandu ternama

Alberto Ascari, Eugenio Castellotti, Luigi Musso, Peter Collins, dan Lorenzo Bandini semuanya mati ketika berlumba bagi pasukan Ferrari. Sir Stirling Moss dalam memoirnya menggatakan semua pemandu yang mati bukan disebabkan kegagalan mekanikal Ferrari, namun memandu terlalu bahaya.

Caroll Shelby amat membenci jentera Ferrari disebabkan kematian sahabatnya iaitu Luigi Musso. Disebabkan Shelby tidak mahu memandu Ferrari, dia membangunkan Shelby Cobra Daytona dan membantu Ford memenangi Le-Mans 1966 dengan jentera Ford GT40

4. Pada tahun 2014, Jabatan Perundangan Ferrari menyaman pemuzik dari Kanada iaitu Joel Thomas Zimmerman atau lebih dikenali dengan nama DeadMau5 kerana mengubah Ferrari 548 miliknya dengan warna biru muda, menukar semua logo Prancing Horse dengan logo kucing dan menamakannya Purrari.

Ferrari memenangi kes mahkamah dan mendapat arahan mahkamah untuk membuang logo Purarri dan terpaksa menjual semula Ferrari tersebut kepada agent Ferrari Amerika. Joel membeli sebuah Lamborghini Hurracan, membalutnya dengan warna biru dan logo kucing serta menamakannya Purracan. Lamborghini relaks je, tak gelabah dan mendapat publisiti percuma dari perbuatan Joel

5. Ferrari juga menyaman seorang pereka fesyen dari Jerman, Philip Plein kerana menampilkan sebuah Ferrari 812 yang berwarna hijau diambil dengan kasut rekaannya yang juga berwarna hijau. Alasan saman tersebut ialah kasut tersebut diambil gambarnya di atas logo “Ferrari 812” kerana logo tersebut mengandungi Intelectual Property Right

Ferrari meminta agar gambar tersebut dipadam dari akau instagram, laman web, dana mana mana platform sosial media, membayar denda 300,00 ribu pound, kos guaman 25,000 ribu pound, dan jika berminat perlu membayar 10,000 pound bagi setiap logo Ferrari yang ada dalam gambar miliknya. What the fishhhhhh

6. Ferrari juga dikatakan tidak berminat untuk membina SUV/crossover walaupun terdapat beberapa berita yang mengatakan Ferrari dalam proses membangunkan Ferrari Purasogne sekutarvtahun 2018. Purasogne dalam bahasa Itali membawa maksud pure blood.

Namun nama Purasogne telah digunakan oleh Purasogne Foundation menyebabkan Ferrari menghantar surat saman kepada mereka walaupun NGO tersebut telah menggunakan nama Purasogne semenjak tahun 2011 lagi. NGO ini tetlibat dalam aktiviti membanteras dadah semasa bersukan. Okeh, mula mula mereka menafikan berita kata mereka nak buat SUV, lepas tue saman pula NGO yang menggunakan nama Purasogne. Serius komplikated sungguh mereka ni, sekejap nak buat, sekejap tak nak buat.

Google ads
Back to top button