FERRARI 812 SUPERFAST RECALL.CERMIN BELAKANG BOLEH TERCABUT!!!
Ferrari akan memanggil semula 1.063 unit model 812 Superfast tahun 2018 hingga 2020 di Amerika Syarikat berikutan cermin belakang boleh tercabut.
Masalah berkenaan kemungkinan besar disebabkan ikatan tidak betul sehingga mengurangkan lekatan pada panel untuk jangka masa panjang.
Isu tersebut mula mendapat perhatian Ferrari pada 11 Mei tahun ini di Jerman sebelum menerima dua lagi laporan berhubung masalah sama.
Syarikat melakukan siasatan dan analisa menunjukkan isu berpunca daripada kesilapan pada proses produksi pembekal di kawasan ikatan cermin yang tidak dibersihkan di badan jentera.
Jawatankuasa Produk Ferrari bertemu pada 30 September lalu dan sebulat suara membuat keputusan keperluan memanggil semula jentera-jentera.
Ferrari akan mengganti semula cermin belakang yang terjejas. Pemilik dan pengedar model berkenaan akan menerima notis kempen membaiki pada 6 Disember ini.
Jentera itu mula diperkenalkan pada Geneva Motor Show 2017 sebagai pengganti model F12tdf.
Ferrari 812 Superfast mendapat khidmat enjin 6.5 liter V12 yang mampu menjana 789 hp dan memecut 0 hingga 100 km/j pada 2.9 saat. –motor1