
7 KERETA HIBRID YANG BAKAL BUAT ANDA PENING KEPALA.
Kereta hibrid merujuk kepada kereta yang menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk menggerakkannya. Dalam terma moden ia merujuk kepada kereta yang menggunakan enjin pembakaran dalam dan juga motor elektrik bagi menggerakkannya
Sistem ini dipelopori oleh Toyota dan sehingga hari ini Toyota menjadi pengeluar paling bagus bagi sistem hibrid. Keadaan ini juga menyebabkan Toyota yakin bahawa teknologi hibrid adalah jawapan kepada pengurangan pelepasan karbin dan bukannya kereta elektrik
Pengeluar lain turut menghasilkan kereta elektrik, namun ia berdepan dengan beberapa masalah teknikal menyebabkan pemilik kenderaan ini melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa. Kami senaraikan 7 kereta elektrik yang bermasalah dan mujurlah kenderaan ini tidak dijual di sini
1. Ford Fiesta Hybrid-bagi model yang dihasilkan antara tahun 2011-2015, masalah utama adalah sistem gear DCT yang menyebabkan masalah sentapan dan juga sistem operasi yang tidak boleh diharap. Sistem DCT yang dihasilkan adalah terlalu kompleks dan perlu beroperasi dengan sistem hibrid motor elektrik.
Model ini juga berhadapan dengan isu sistem penghantaran bahan api dan penyelak pintu. Dalam sesetengah keadaan, kereta ini dipanggil semula disebabkan terdapat laporan yang pintu terbuka semasa kereta dipandu.
2. Ford Escape Hybrid 2020- merupakan sebuah SUV yang sangat menjimatkan dengan penggunaan bahan api mencapai 17.4km per liter petrol, satu angka yang bagus bagi sebuah SUV besar. Ia menggunakan enjin 2500cc dan juga motor elektrik bagi menjana 200 kuasa kuda
Angka penjimatan ini adalah lebih baik berbanding dengan Toyota RAV4 Hybrid. Namun Ford Escape Hybrid berhadapan dengan masalah operasi gear yang kasar, penukaran gear yang tidak lancar dan ada pemilik melaporkan terpaksa menukar sistem gear yang baru
3. Nissan Pathfinder HEV – menggunakan enjin 4 silinder 2500cc dengan motor elektrik yang menjana sehingga 252 kuasa kuda. Pada masa yang sama ia adalah sebuah SUV 7 tempat duduk dengan purata 12km bagi setiap liter petrol
Sesetengah pemilik memberika maklumbalas berkenaan dengan brek yang kurang responsif, masalah pendawaian dan sistem multimedia yang “pening”, gegaran dari[ada enjin, getaran sewaktu menukar gear dan kegagalan enjin untuk hidup selepas AEB beroperasi
4. Volkswagen Touareg Hybrid 2012-2015 – menggunakan enjin VR6 3000cc lengkap dengan supercaj dan juga sistem hibrid bagi menjana sehingga 380 kuasa kuda. Pada masa yang sama SUV mewah ini masih memberikan purata penggunaan bahan api sekitar 9km bagi setiap liter petrol. Memandangkan ia sebuah SUV prestasi tinggi, ia menggunakan bahan api premium
Masalah utama SUV ini ialah masalah rekaan dimana ia tidak direka dengan sistem saliran air yang betul dan menyebabkan litar pintas berlaku dan dalam sesetengah kes kebakaran. Isu ini disebabkan oleh sistem saliran sunroof fan kedapan air tidak dipasang dengan betul.
Selain itu terdapat juga masalah seperti klip pada pedal brek hilang yang menyebabkan pedal brek tertanggal dan juga kebocoran pada sistem suntikan bahan api.
5. Chrysler Pacifica Hybrid 2018 – jangan risau kerana model ini tidak pernah dijual di sini. Model ini berdepan dengan isu kegagalan bateri hibrid dan juga masalah pendawaian. Sayang juga sebab ia adalah satu-satunya MPV yang direka dengan sistem Plug in hybrid
Ia menggabungkan enjin 3600cc V6 yang menjana 260 kuasa kuda, bateri sebesar 16kWh dan boleh dipandu sejauh 52km dalam mode elektrik sepenuhnya.
6. Chevrolet Malibu Hybrid 2018 – menggunakan enjin 4 silinder 1800cc yang menjana 122 kuasa kuda. Tetapi Malibu dibantu dengan 2motor elektrik yang menghasilkan sekitar 182 kuasa kuda dan 375Nm tork. Purata penggunaan bahan api ialah sekitar 20km bagi setiap liter petrol
Ada pemilik melaporkan masalah seperti kegagalan enjin, sensor bahan api, sistem hibrid terasa kurang berkuasa dan pada tahun 2018 terdapat 6 isu panggilan semula disebabkan transmisi CVT mengalami masalah kebocoran bendalir hidraulik
7. BMW X5 Hybrid 2017 PHEV – varian terendah dikuasakan dengan enjin 4 silinder 2000cc turbo digandingkan dengan sistem hibrid dan motor elektrik berkuasa 111 kuasa kuda. Secara keseluruhan ia menjana sehingga 308 kuasa kuda, 450Nm tork dan masih memberikan purata penjimatan sekitar 10.2km bagi setiap liter petrol
Atau jika bateri hibrid penuh, ia boleh dipandu sejauh 100km dengan 3.3 liter petrol sahaja. Pemilik melaporkan isu seperi masalah brek, brek bergegar, pedal brek terasa seperti beralun ketika ditekan, bunyi brek dan isu dengan sistem ABS
Sumber – Yahoo Finance