Buletin

LOTUS STORE PERTAMA MALAYSIA DIBUKA DI PAVILION DAMANSARA HEIGHTS – TAWAR PENGALAMAN TERBAIK KEPADA PELANGGAN

Lotus Cars mengukuhkan jenamanya di Malaysia dengan pembukaan Lotus Store pertama yang bertempat di Pavilion Damansara Heights.

Dengan ruang pameran seluas 173.58 m², ini menandakan langkah penting setelah kejayaan pelancaran SUV hiper elektrik Lotus Eletre pada bulan April 2023.

Sejak pelancarannya, Lotus Eletre telah menjadi pilihan yang diminati di pasaran, dengan sebanyak 50 unit telah diserahkan kepada para pembeli dan 200 unit lagi dalam proses penghantaran.

Konsep seni bina reka bentuk Lotus Store mencerminkan imej korporat global terbaharu Lotus, merangkumi ruang pameran menampilkan model Eletre dan Emira, serta sebuah ruang khas bagi Konfigurator Lotus, membolehkan pelanggan menala kenderaan mengikut citarasa masing-masing.

Tambahan pula, terdapat ruang untuk jualan barangan dan pakaian eksklusif dari Lotus, berserta sebuah ruang santai dan istirahat.

Konfigurator Lotus membolehkan pelanggan menala setiap aspek kenderaan menurut citarasa peribadi, termasuk bahagian luaran, bahagian dalaman, tahap peralatan, dan ciri-ciri keselamatan tambahan.

Pembukaan Lotus Store di Pavilion Damansara Heights juga menjadi mukadimah kepada pelancaran ruang pameran utama Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Shah Alam yang dijangka siap pada suku kedua 2024.

Lotus juga berhasrat untuk memperluaskan kehadiran jenamanya di wilayah Utara dan Selatan, serta akan memperkenalkan perkhidmatan penyelenggaraan mudah alih untuk menambahbaik kemudahan bagi pelanggan-pelanggannya.

Dengan inisiatif ini, Lotus Cars menegaskan komitmen mereka untuk memberikan pengalaman dan khidmat yang terbaik kepada penggemar serta pelanggan mereka di Malaysia.

Jenama Lotus diwakili di Malaysia oleh Lotus Karz Sdn Bhd sebagai pengimpot, pengedar dan pengendali perkhidmatan selepas jualan serta alat-alat ganti tunggal.

Dibuka setiap hari dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam, pelanggan boleh melawat Lotus Store di Pavilion Damansara Heights, 3, Jalan Damanlela, 50490 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang maklumat, sila layari laman web di www.lotuscars.com.

Google ads
Back to top button