Buletin

TESLA CATAT REKOD, PENGHANTARAN 241,300 UNIT KENDERAAN PADA SUKU KETIGA

Pengeluar kenderaan elektrik, Tesla mencatatkan rekod dalam pembikinan dan penghantaran kenderaan pada suku ketiga tahun ini.

Biarpun, industri automotif berdepan masalah kekurangan bekalan semikonduktor, Tesla masih mampu menghasilkan 237,823 unit kenderaan manakala penghantaran mencecah sehingga 241,300 unit kenderaan.

Jumlah terbabit sekali gus memadam rekod syarikat pada suku kedua tahun ini dengan penghantaran 201,250 unit kenderaan.

Daripada 228,882 unit kenderaan yang dihasilkan merupakan Model  3 dan Model Y manakala 8,941 lagi adalah Model S serta Model X.

Bagi penghantaran kenderaan pula, Model 3 dan Model Y  mencatatkan 232,025 unit manakala selebihnya adalah Model S serta Model X.

Salah satu sebab Tesla dapat mengelak daripada kesan kekurangan cip adalah syarikat terbabit mula mendapatkan bekalan dari pembekal luar dan menulis semula kod untuk dipadankan dengan cip baharu tersebut. – carscoops

Google ads
Back to top button