
5 SUV/TRAK GAGAH PERKASA. TUNDA KAPAL TERBANG, KERETAPI
Untuk membuktikan enjin, transmisi dan kenderaan yang dikeluarkan oleh mereka cukup tahan lasak dan berkuasa, sesetengah pengeluar bertindak secara ekstrim. Apa yang biasa dilakukan oleh mereka ialah dengan membuktikan kereta mereka cukup berkuasa dengan menunda objek yang berat dan besar.
Walaupun kami nampak perkara sebegini lebih kepada publisiti, namun pada masa yang sama agak kagum juga dengan keupayaan dan kekuatan kenderaan yang digunakan. Tambahan pula objek yang ditarik oleh mereka bukannya kereta Myvi, tapi kapal terbang, kapal angkasa dan juga piring terbang.
Jom kita semak senarai kenderaan yang gagah perkosa ini.

1. Porsche Cayenne S Diesel 2017
Pada tahun 2017, Porsche Cayenne S Diesel ini telah menunda sebuah pesawat komersil terbesar dunia iaitu Airbus A380 seberat 285 tan. Jarak yang ditunda adalah sejauh 42 meter.
Model standard tanpa sebarang modifikasi ini dijana oleh enjin berkuasa 4.2 L V8 yang menghasilkan kuasa sebanyak 375 kuasa kuda dan 850 Nm tork. Semua kuasa disalurkan kepada transmisi 8 kelajuan yang dihasilkan oleh Aisin.
Peristiwa yang diiktiraf dalam Rekod Dunia Guinness ini telah berlangsung di Lapangan Terbang Charles De Gualle, Paris. Selepas kejayaan dengan versi disel, Porsche mengulangi ujian dengan menggunakan Cayenne Turbo S Petrol

2. Nissan Patrol 2013
Dikuasakan oleh enjin 5.6 L V8, SUV ini mampu memberikan output sebanyak 400 kuasa kuda berserta 560 Nm tork. Kuasa yang dihamburkan menerusi transmisi 7 kelajuan oleh SUV ini telah menunda sebuah pesawat kargo iaitu Ilyushin IL-76 seberat 170 tan.
Peristiwa bersejarah yang berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah, UAE pada 22 Ogos 2013 ini turut dicatat dalam Rekod Dunia Guinness. Ilyushin IL-76. Percubaan ini dibuat dengan menggunakan Patrol tanpa sebarang modifikasi sejauh 50 meter.

3. Volkswagen Touareg V10 TDI 2006
Berbekalkan enjin 5.0 V10 TDI, SUV ini telah menunda sebuah sebuah pesawat Boeing 747-200 sejauh 150 meter pada kelajuan maksimum 8 km/j. Pesawat dengan berat 155 tan ini ditunda menggunakan model kenderaan standard produksi tanpa sebarang modifikasi.
Ketika ujian dilakukan, sebanyak 4.3 tan muatan telah dimuatkan ke dalam SUV tersebut bagi memastikan cengkaman tayar terhasil dengan baik tanpa sebarang ‘wheel spinning’. Enjin Touareg menghasilkan 310 kuasa kuda dan 750Nm tork, sistem All Wheel Drive dan dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.
Michelin telah memberi amaran agar halaju ketika penundaan tidak melebihi 20km/j bagi mengelakkan tayar meletup.

4. Land Rover Discovery Sport 2.0 Ingenium Engine 2016
Meskipun kuasa dari SUV ini agak kecil iaitu hanya sekitar 180 PS dengan 430 Nm tork, namun enjin 2.0 liter ini mampu menarik 3 buah gerabak penumpang seberat 100 tan dengan mudah menggunakan transmisi 9 kelajuan automatik.
Ketiga-tiga gerabak ini telah ditunda sejauh 10 kilometer merentasi Wilayah Rhine di bahagian Utara Switzerland. Ketika ujian dilakukan, Discovery Sport ini dipasang dengan 4 roda besi bagi membantunya agar kekal berada di landasan kereta api
Lepas ni kalau tren KTM rosak, mungkin mereka boleh buat perkara sama.

5. Toyota Tundra 5.7 L Crew Max 2012
Sebuah kapal angkasa ulang alik (space shuttle) Endavour telah ditunda oleh trak pikap Toyota Tundra varian Crew Max. Kapal angkasa ulang alik tersebut telah ditamatkan tauliah dan dibawa ke Pusat Sains California untuk dijadikan artifak pameran daripada Lapangan Terbang LA.
Perjalanan tersebut melibatkan 400 meter terakhir ditunda dengan sebuah trak pikap Toyota Tundra. Trak pikap standard produksi tanpa sebarang modifikasi ini memiliki kuasa sebanyak 381 kuasa kuda dengan 543 Nm tork.
Kapal angkasa seberat 70 tan ini telah ditunda sejauh 400 meter tanpa sebarang masalah.