Buletin

MAZDA PREBIU CX-8 PADA ACARA MALAYSIA AUTOSHOW 2019

Bermaz Motor menjemput para pelanggan untuk menghadiri prebiu eksklusif SUV terbaharunya, CX-8 pada acara Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung pada 11 hingga 14 April ini. 

Bakal dilancarkan secara rasmi pada akhir tahun ini, Mazda CX-8 direka untuk mereka yang tahu menghargai aspek kualiti, prestasi dan kecantikan. Direka dengan bahasa rekaan KODO yang lebih matang, CX-8 sememangnya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

SUV enam atau tujuh tempat duduk itu cukup laris di pasaran Jepun. Ia didatangkan dengan pilihan enjin .5 liter petrol aspirasi biasa (NA) berkuasa 192hp dan tork 257Nm dan turbo diesel 2.2 liter (188hp dan tork 450Nm). 

Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan. 

Jika berminat, orang ramai boleh mendaftar pada acara tersebut. Harus tahu juga bawa beberapa spesifikasi pada model yang dipamerkan mungkin berbeza dengan kenderaan yang dilancarkan kelak. 

Bermaz akan mempamerkan rangkaian penuh produk Mazda yang terdiri daripada Mazda CX-3, Mazda CX-5, Mazda CX-9 dan Mazda6. 

Varian seperti Mazda CX-5 2.5L, Mazda CX-5 2.2D 4WD dan Mazda6 2.5 ada disediakan untuk sesi pandu uji. Jangan lupa ke sana…

Tags
Google ads
Back to top button