Buletin

LEXUS ES. PERTAMA DI DUNIA MENGGUNAKAN KAMERA GANTIKAN CERMIN SISI

Buat pertama kalinya, sistem “cermin” digital baru Lexus diperkenalkan pada bulan September tahun ini untuk pasraan Jepun. Untuk permulaan, Lexus Jepun menggunakan platform model ES generasi baru 2019.

Ini menjadikan kenderaan tersebut sebagai model pengeluaran pertama dalam sejarah industri automotif akan ditawarkan dengan cermin sisi digital menggantikan cermin tradisional.

BACA: LEXUS PERKENAL TEKNOLOGI KAMERA GANTI CERMIN

Setakat ini, peraturan yang berlainan memungkinkan sistem baru hanya boleh dilaksanakan di Jepun, kerana ia hampir menyalahi undang-undang di semua bahagian dunia yang lain.

Cermin Outer Digital menggunakan dua kamera luaran yang dipasang di pintu hadapan yang menghantar visual ke dua pam berbentuk persegi, lima inci pada setiap sisi kabin.

Pembuat kereta mewah dari negara matahari terbit itu mendakwa, menggantikan cermin tradisional yang lebih besar dengan kamera meningkatkan keterlihatan bahagian luar serta mampu mengurangkan bunyi angin yang masuk ke dalam kabin.

Sistem ini adalah salah satu daripada banyak ciri teknologi baru yang tersedia untuk ES, termasuk Kawalan Pelayaran Radar Dynamic dengan kombinasi Lane Tracing Assist, Road Side Assist, Sistem Brek Sokongan Tempat Letak Kereta dan kamera pandangan panoramik.

Semua sistem ini menggunakan pelbagai kamera, sensor, dan radar untuk mengawal tingkah laku kenderaan dalam keadaan yang berbeza.

Google ads
Back to top button