
INILAH JENAMA KERETA DENGAN PENGALAMAN TEKNOLOGI TERBAIK DAN TERBURUK
Ciri teknologi tinggi menjadi faktor penting dalam jualan kereta baharu, tetapi apabila pembuat kereta tergesa-gesa untuk mendapatkan teknologi terkini dan terhebat, tidak semuanya berjaya seperti diharapkan.
Menurut kajian Indeks Pengalaman Teknologi (TXI) 2022 J.D. Power, beberapa aspek kenderaan mempunyai banyak variasi di antara pembuat kereta dari segi masalah bagi setiap 100 kenderaan (PP100). Sebagai contoh, kadar masalah untuk teknologi amaran tempat duduk belakang menjangkau daripada 1.2 PP100 kepada lebih 10 kali ganda pada 26.2 PP100 untuk prestasi paling teruk.
Variasi itu penting kepada pembuat kereta kerana risiko mengganggu pelanggan dengan teknologi yang teruk boleh memberi kesan kepada mereka. Manakala mengimplementasikan teknologi yang tidak bagus pula boleh menyebabkan pembuat kereta takut untuk berinovasi.

“Data transaksi J.D. Power menunjukkan bahawa mendapatkan gabungan ciri teknologi yang betul dan dikehendaki oleh pelanggan adalah penting untuk persepsi, keuntungan dan jualan. Apabila pemilik mendapat ciri teknologi yang mereka benar-benar mahukan dan memenuhi jangkaan mereka, maka hasilnya adalah positif,” kata Pengarah Kanan Penanda Aras Pengalaman dan Teknologi J.D. Power, Kathleen Rizk.
Pengimbas cap jari yang dimasukkan ke dalam kajian buat kali pertama pada tahun 2022 merupakan ciri yang bermasalah dalam sejarah TXI. Penggunanya mengalami 54.3 masalah bagi setiap 100 pengalaman, sekali gus menjadi ciri kepuasan pengguna terendah dalam TXI, mengatasi kawalan gerak isyarat. Jadi, ramai pemilik tidak mahu ia ada di dalam kenderaan mereka.

Jenama terbaik dalam kajian TXI 2022 ialah Hyundai Motor Company. Genesis berada di kedudukan keseluruhan tertinggi dalam Senarai Inovasi J.D. Power. Hyundai menjadi jenama pasaran massa yang mencatat markah tertinggi, meninggalkan pengeluar kenderaan premium seperti Volvo, BMW dan Land Rover.
GM juga menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian dengan Cadillac menduduki tempat kedua secara keseluruhan dalam ranking inovasi. Buick dan GMC pula menduduki tempat ketiga dan keempat (di belakang Hyundai dan Kia) dalam segmen pasaran massa.
TXI menguji 35 teknologi automotif yang dibahagikan kepada empat kategori: kemudahan; automasi terkini, tenaga dan kemampanan, serta infotainmen dan ketersambungan. Kajian itu berdasarkan kepada maklum balas daripada 84,165 pemilik kenderaan model tahun 2022 selepas 90 hari pemilikan.
- BACA: TEKNOLOGI KERETA PANDU SENDIRI TESLA KELIRU DENGAN BULAN, PAPAN TANDA & IKLAN BURGER KING
- BACA: DAIHATSU JADI RAKAN TEKNOLOGI KERETA NASIONAL KE-3. DI PASARAN 2021
- BACA: TEKNOLOGI KERETA ELEKTRIK DI CHINA BERMASALAH. LEBIH 10% KERETA YG DIJUAL DIPANGGIL SEMULA
- BACA: 7 KERETA SPORT YANG JIMAT PETROL, DENGAN TEKNOLOGI ENJIN TERKINI







