Buletin

AIRASIA TIDAK BERCADANG TUKAR PEMBEKAL PESAWAT. MASIH SETIA DENGAN AIRBUS

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Group Bhd dilapor tidak merancang untuk menukar pembekal pesawat, biarpun sudah membatalkan tempahan daripada Airbus bulan lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes pada awalnya enggan menjawab soalan daripada seorang panel dalam persidangan Reuters Next, sama ada pihaknya akan beralih kepada Boeing. Dia kemudian menjawab “Kami sayang antara satu sama lain.”   

“Antara kami dan Airbus, banyak pahit manis yang telah dilalui, sama seperti perhubungan yang lain juga,” katanya.

Minggu lalu, Airbus mengakui telah membatalkan satu perjanjian dengan syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X. Ia melibatkan 10 unit pesawat badan lebar A350 bernilai AS$3.2 bilion (RM13 bilion).  

Airbus masih mempunyai 108 tempahan daripada AirAsia. AirAsia Group dan AirAsia X merupakan pelanggan terbesar Airbus serta membeli pesawat secara eksklusif daripadanya.  

Bulan lalu, Airbus mempersoalkan skim penstrukturan semula hutang AirAsia X. Ia menyatakan bakal mengalami kerugian lebih AS$5 bilion (RM20 bilion) jika skim tersebut diluluskan. – Reuters  

 

Google ads
Back to top button