" "
Buletin

FORD TUTUP KILANG DI BRAZIL

Ford mengumumkan penutupan kilang di Brazil sebagai langkah penstrukturan semula di negara Amerika Selatan.

Kilang utama di Camacari dan Taubate akan ditutup dengan serta-merta tetapi beberapa bahagian produksi akan diteruskan untuk beberapa bulan lagi.

Satu lagi kilang Troller yang terletak di Horizonte dijangka akan mengalami nasib sama pada suku keempat tahun ini.

Ia memberi bayangan bahawa syarikat terbabit tidak lagi menjual EcoSport, Ka dan T4 apabila kehabisan stok.

Bagaimanapun, Ford tidak memaklumkan berapa banyak pekerjaan akan terjejas akibat penutupan kilang-kilang tersebut.

Kilang Camacari menempatkan kira-kira 4,600 pekerja manakala 1,370 pula berkhidmat di kilang enjin Taubate.

Dalam kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Jim Farley berkata “dengan lebih satu abad menjalankan perniagaan di Amerika Selatan dan Brazil, ini merupakan tindakan yang sangat sukar tetapi perlu dilakukan dalam mewujudkan perniagaan sihat”

Ford perlu membelanjakan kira-kira sebanyak AS$4.1 bilion (RM16.6 bilion) untuk langkah berkenaan termasuk AS$2.5 (RM10 bilion) untuk pembayaran pampasan. – carscoops.

Google ads
Back to top button