DAYANG ADV 150. KLON HONDA ADV 150, ADA KAMERA DEPAN BELAKANG, RM8,000 SEUNIT
Seperti yang kita sudah tahu sejak azali lagi, pengeluar kenderaan dari China memang suka meniru hasil kerja syarikat lain.
Sama ada kereta, motosikal, mahu pun trak pikap, tiada ada yang terlepas daripada golongan yang tidak bertanggungjawab.
Antara model terkini yang menjadi mangsa ialah skuter adventure popular Honda ADV 150. Ini bukanlah model pertama yang diciplak kerana motosikal seperti Honda Dream, Wave dan Vario pernah ditiru sebelum ini.
Dikenali sebagai Dayang ADV 150, jentera itu dihasilkan oleh Dayang Motorcycle. Bukan sekadar meniru reka bentuk, nama pun dia tiru terus. Senang, sekali jalan orang kata.
Kalau tengok sekali imbas, memang sukar untuk membezakan di antara kedua-duanya. Sama ada bahagian hadapan, visor, bar hendal dan paparan skrin saling tidak tumpah sepaerti ADV 150.
Dayang mendakwa motosikalnya cukup lasak untuk melalui laluan off-road ringan. Posisi tunggangan yang menegak pula memastikan penunggang kekal selesa, walaupun perlu mengharung perjalanan jauh.
Perbezaan hanya boleh dilihat pada rekaan lampu utama dan belakang. Dayang ADV 150 menggunakan lampu LED dengan 4 unit projektor, dua jalur LED dan lampu isyarat membelok yang nipis. Lampu belakang pula hadir dengan rekaan jalur berbentuk V.
Apa yang menarik, jentera itu dilengkapi kamera hadapan dan belakang yang berfungsi merakam perjalanan. Visual rakaman kemudian dipaparkan pada panel skrin.
Dayang ADV menggunakan suspensi jenis fork teleskopik di hdapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Ia turut dilengkapi sistem kunci pintar, brek ABS, rim bersaiz 14 inci (hadapan) dan 13 inci di belakang.
Jangan main-main, motosikal itu dikuasakan oleh enjin hibrid 150cc dengan sistem penyejukan cecair. Ia mampu menjana kuasa 16.2hp dan tork 14.6Nm. Kapasiti tangki ialah 3.9 liter.
Motosikal tiruan itu dijangka dijual pada harga 12,800 yuan (RM8,000) di China.
- BACA: KERETA KLON TERBAIK DARI CHINA. JANGAN BACA KALAU ADA ASMA
- BACA: BARU 4 HARI MELARAM, KERETA KLON BMW 320i MILIK PENIAGA KOSMETIK DISITA
- BACA: KLON RANGE ROVER ADA INTERIOR LEBIH CANTIK BERBANDING MODEL ORIGINAL
- BACA: RACING BOY FG510 FORGED VERSI KLON DAH SAMPAI!!!
GALERI