Buletin

SUPER APP AIRASIA BAKAL BERI SAINGAN PADA GRAB, GOJEK, WECHAT

AirAsia kini dalam fasa membangunkan aplikasi perniagaan digital atau ‘super app’ sebagai pilihan lengkap kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, platform digital ‘super app’ yang  akan dibangunkan itu adalah inisiatif pihaknya untuk meneruskan perniagaan berikutan wabak pendemik Covid-19.

“Sektor penerbangan memerlukan banyak masa tetapi penularan Covid-19 memberikan kami peluang lebih fokus kepada platform dan perniagaan digital kami.

“Kami mahu saingi platform lain seperti Grab, GoJek dan WeChat kerana platform digital yang kami bakal perkenalkan nanti bersifat ‘all-in-one’ seperti penghantaran makanan, beli-belah, pembayaran, hiburan dan perjalanan,” katanya kepada BBC.

AirAsia mempunyai pangkalan data lebih daripada 60 juta pelanggan dan ia memberi kelebihan dalam usaha membangunkan aplikasi tersebut.

Aplikasi digital AirAsia itu akan menawarkan perkhidmatan pesanan kepada pengguna dengan kepelbagaian perkhidmatan ‘super app’ seperti Grab yang berpusat di Singapura, GoJek di Indonesia dan Meituan di China.

“Sejak dari dahulu, AirAsia merupakan syarikat digital. Kita merupakan antara perintis kepada platform perniagaan digital dalam industri syarikat penerbangan.

“Saya tahu, ‘super app’ kedengaran seperti sasaran besar. Bagaimanapun, Grab dan GoJek dahulunya juga bermula dengan kecil sebagai aplikasi makanan dan pengangkutan. 

“Ia sama seperti ditanya orang ramai ketika saya putuskan untuk mulakan AirAsia dahulu,” ujarnya.

Google ads
Back to top button