" "
Buletin

ALPINE A290 GTS – INILAH BAKAL HOTHACH IDAMAN LELAKI MASA KINI

Apabila menyebut tentang jenama Alpine, ingatkan kita memang akan terarah kepada model sport mereka yang satu, A110. Namun setelah sekian lama bergantung harap pada model sport yang satu itu dengan pelbagai varian keluar, sudah sampai ketikanya Alpine memperkenalkan model baharu mereka. Dan inilah Alpine A290 GTS, hothatch yang bakal menjadi idaman semua lelaki sedikit masa lagi.

Dan model Alpine A290 ini adalah penanda aras baharu buat pengeluar kenderaan berasal dari Perancis itu dengan menghasilkan model EV sepenuhnya untuk model terkini mereka itu. Tetapi yang dipaparkan ini adalah Alpine A290 GTS, sebuah varian berprestasi tinggi berbanding model standard A290.

Alpine A290 ini dibina berdasarkan platform daripada model Renault 5 dengan mengolah semual casis tersebut dan telah memasang trenkuasa yang cukup berkuasa untuk varian GTS ini, resepi yang sama digunakan terhadap model Renault 5 Alpine Turbo di era 80an.

Penampilan luaran A290 ini ternyata cukup garang terutama di bahagian fascia hadapan dengan rekaan bampar yang garang. Juga terdapat logo X yang berintegerasi dengan lampu utama LED serta lampu DRL dengan logo yang serupa di bahagian gril hadapan.

Pandangan sisi juga menampilkan ciri yang serupa dengan penggunaan kit badan yang lebih lebar, memungkinkan tayar bersaiz lebih lebar dimuatkan tanpa masalah. Dan rim bersaiz 19 inci yang dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport EV juga kelihatan cukup sesuai untuk penampilan luarannya.

Berbanding varian standard A290 yang menghasilkan kuasa sekitar 180 HP dengan 245 Nm, varian GTS ini pula mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 220 HP dengan 300 Nm. Perbezaan berat kenderaan juga sedikit ketara dengan varian GTS hanya seberat 1460 kg berbanding 1479 untuk varian standard A290 yang pastinya akan turut mempengaruhi prestasi kenderaan.

Ianya menggunakan pek bateri 52 kWh yang disimpan di bahagian lantai kenderaan dengan penggunaan motor elektrik tunggal membolehkan ianya bergerak sehingga 380 km khabarnya.

Walau pun bercirikan sebuah model berprestasi tinggi, tetapi Alpine masih lagi mementingkan kesedapan dan keselesaan sebuah kereta biasa dengan memberikan tetapan suspensi terbaik termasuklah pemasangan anti-roll bars.

Menarik juga apabila A290 ini turut menggunakan sistem multi-link di bahagian belakang berbanding model sekelasnya yang masih lagi menggunakan torsiam beam seperti kebiasaannya.

Harga asas jualan A290 ini dijangka pada aras harga  €38,000 (RM191,611). Macam boleh aja kan dia punya harga tu? Warna baharu Alpine Vision Blue ini pun nampak ngam juga kan dengan saiz yang kompak sebegini, kan?

BACA : ALPINE A290 MULA DIUJI DI TEMPAT SEJUK EKSTREM

BACA : ALPINE A110 R LE MANS EDISI TERHAD YANG LAJU DAN BERGAYA

Google ads

B K

Back to top button