Motosikal

HONDA CBR250RR VERSI TERKINI TIBA DI MALAYSIA – RM27,999

Dua tahun selepas Honda memperkenalkan CBR250RR versi dipertingkat di pasaran Indonesia, akhirnya model itu mendarat di Malaysia dengan harga jualan RM27,999. 

Untuk makluman, CBR250RR yang pasarkan disini merupakan versi SP QS yang merupakan varian tertinggi di pasaran negara jiran. Perkataan QS itu merujuk kepada kelengkapan ‘quickshifter’ yang ditawarkan secara standard. 

Sementara itu, enjin parallel-twin 249.7cc DOHC kini menawarkan 42hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm. Menurut Honda, kenaikan 1hp ini disumbang oleh nisbah mampatan (compression ratio) yang lebih tinggi. Nisbah mampatan yang tinggi ini dicapai dengan mengemaskini ‘valve timing’, diameter ‘inlet port throat’ yang lebih besar serta mengoptimumkan tekanan oil ring. 

Walaupun rupa keseluruhan CBR250RR ini tampak sama seperti model terdahulu namun keseluruhan panel badan adalah baharu dan tampak lebih segar. 

Turut menerima peningkatan adalah bahagian suspensi dengan fork depan kini dilengkap SHOWA Separate Function-Big Piston (SFF-BP) 37mm yang dipadankan bersama monoshock belakang dengan sambungan Pro-Link. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • ride-by-wire
  • 3 mod tunggangan
  • cakera brek depan dan belakang
  • ABS dwi-saluran
  • lampu LED penuh
  • panel meter digital 
  • tangki bahan api 14.5L

GALERI: HONDA CBR250RR 2024

Google ads
Back to top button