
HONDA N-VAN e: SERBA BAHARU – COMEL TAPI HANYA UNTUK PASARAN JEPUN
Van kecil dari Jepun memang diminati ramai sekarang. Ia biasanya hanya untuk pasaran Jepun tapi ada banyak juga yang dibawa masuk ke negara kita oleh pengimport kenderaan. Terbaru Honda baru sahaja lancarkan van saiz kecil berkuasa elektrik sepenuhnya untuk pasaran domestik Jepun. Ia dinamakan N-VAN e: dan disasarkan untuk kegunaan syarikat atau perniagaan. Kalau orang biasa nak beli pun boleh. Tak ada sebarang halangan pun.

Honda tidak menyatakan saiz bateri N-VAN ni tapi ia dikatakan mampu bergerak sejauh 245 kilometer hanya dengan sekali cas. Pembeli boleh memilih sama ada untuk menggunakan pengecas AC dengan kelajuan 6kW ataupun DC dengan 50kW. Cas hanya mengambil masa 30 minit.
Honda akan mengeluarkan empat varian EV kecil ini. Model pertama dikenali dengan nama L4 dan mempunyai empat tempat duduk dan disasarkan untuk kegunaan komersil dan persendirian. Ia mempunyai skrin infotainment 7 inci dan pilihan warna luaran dua tona.

Terdapat juga varian yang dinamakan N-VAN e: FUN. Ia disasarkan untuk mereka yang meminati aktiviti lasak. Kalau korang jenis suka panjat gunung atau berekriasi di tepi pantang memang sesuai sangat pilih varian ni.
Terdapat dua pilihan untuk kegunaan komersil. Varian satu tempat duduk dan varian dua tempat duduk. Kelegaan bumi varian ini direndahkan sebanyak 120 mm untuk kemudahan memunggah barangan.
Walaupun kecil dan comel, aspek keselamatan N-VAN e: ini tetap diberi keutamaan. Varian FUN contohnya dilengkap dengan cruise control, lane keeping assist, road departure mitigation, traffic sign recognition dan collision mitigation braking system. Canggih bukan? Sebab inilah kereta zaman sekarang makin mahal.

Harganya di Jepun dianggarkan sekitar RM70-80,000. Murah kan? Tapi bila dah dibawa masuk ke Malaysia memang lain la harganya.
