
ALPINE A390 – SEBUAH SUV COUPE YANG LAJU DIDEDAHKAN DENGAN PENGGUNAAN TIGA MOTOR KAU!
Model Alpine A390 ini adalah merupakan sebuah model kedua hasil daripada Alpine Dream Garage selepas model A290 yang merupakan pengganti untuk model A110, yang mana keduanya adalah sebuah model kenderaan elektrik (EV). Jelas sekali penghasilkan model A390 yang merupakan sebuah SUV Coupe EV ini cukup mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatkannya.
Model Alpine A390 ini telah dibangun dan dipasang di Perancis sepenuhnya dengan bateri Verkor berprestasi tinggi dihasilkan di Dunkirk dan dipasang di Douai.

Reka bentuk badan merupakan ciri berbeza berbanding rekaan EV lima pintu yang lain. Dari sisi, ia mempunyai proposisi yang kelihatan hampir sempurna untuk sebuah SUV Coupe ruang belakang telah dipanjangkan sedikit serta mempunyai garisan bahu yang cukup ketara dilihat dari bahagian belakang.
Bahagian hadapan A390 mempunyai berbilang LED segi tiga untuk memberikan rupa bentuk habuk pixie. Ruang hud hadapan mempunyai permukaan dengan saluran udara di bawahnya untuk memberikan kesan aerodinamik yang lebih baik.

Sebagai sebuah EV, sudah semestinya ciri aerodinamik merupakan elemen penting meliputi rekaan hud berbilah, rekaan sudut bumbung 17°, rekaan diffuser yang diilhamkan daripada prototaip Le Mans Daytona h (LMDh), serta spoiler kecil yang disepadukan dengan cermin belakang adalah merupakan ciri yang terdapat pada model A390 ini.
Bahagian kabin menampilkan ciri sporty dengan penggunaan tempat duduk Alpine Sport dengan kemasan upholsteri dan stereng sport yang dibalut dengan kulit Nappa Bleu. Paparan meter kluster digital bersaiz 12.3 inci serta konsol tengah sistem infohiburan bersaiz 12 inci yang dihasilkan berinspiraskan daripada model ikonik A110 akan membantu pemandu untuk mendapatkan maklumat penting.

Walau pun ini adalah sebuah SUV Coupe, tetapi ruang bagasi di belakang tidaklah sempit dengan kapasiti ruang sehingga 532 liter.
Model A390 ini dijanakan penggunaan tri-motor dengan terdapat satu di hadapan dan dua di gandar belakang. Varian GTS paling berkuasa dengan keupayaan memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam tempoh 3.9 saat sahaja yang mampu menghasilkan output maksimum 470 HP dan 808 Nm. Kuasa pecutan ini menyamai model A110 R.
Manakala varian asas GT menghasilkan kuasa 400 HP dan 650 Nm dan kuasa pecutan 0 ke 100 km/j dalam tempoh 4.8 saat.
Dengan kapasiti bateri yang besar 89 kWj, A390 ini mampu menawarkan jarak sehingga 555 km.
BACA : ALPINE SUDAH BERUSIA 70 TAHUN. INILAH DIA MODEL ISTIMEWA MEREKA SEMPENA ULANGTAHUN
BACA : ALPINE A110 R ULTIME – MODEL YANG PALING LAJU DAN BERKUASA UNTUK SIRI A110!