Buletin

ALPINE SUDAH BERUSIA 70 TAHUN. INILAH DIA MODEL ISTIMEWA MEREKA SEMPENA ULANGTAHUN

Rupa – rupanya, tahun ini merupakan catatan tahun yang cukup penting buat pengeluar kereta sport dari Perancis, Alpine. Tahun ini menandakan ulangtahun ke 70 buat Alpine, suatu angka yang cukup signifikan setelah ditubuhkan pada 22 Jun 1955.

Untuk usia 70 tahun buat pengeluar kereta sport indie dari Perancis itu, ianya merupakan suatu pencapaian yang cukup luar biasa. Alpine boleh berbangga dengan beberapa model kereta sport terutamanya model A110 yang kini dianggap sebagai model lagenda buat mereka.

Sebagai meraikan ulangtahun ke 70, Alpine telah menghasilkan model yang cukup istimewa, A110 R 70. Pengenalan model yang istimewa ini menandakan produksi terakhir untuk siri R ini. Malah model A110 R 70 ini juga sebetulnya merupakan sebagai sebahagian daripada model baharu untuk plat nama model A110 mereka yang akan mula diperkenalkan dalam tempoh kira – kira setahun daripada sekarang dengan menyaksikan model sport yang ikonik ini akan dijanakan menggunakan tenaga elektrik pula.

Alpine A110 R 70

Mode khas sempena ulang tahun ke 70 daripada Alpine ini telah menggunakan gentian karbon sebagai bahan sebahagian besar untuk rekaan badan model ini meliputi daripada bonet hadapan hingga ke tingkap belakang termasuklah dengan bumbung dan spoiler belakang.

Roda bersaiz 18 inci juga diperbuat daripada gentian karbon dengan menggunakan kemasan berwarna putih. Manakala casis asal A110 R masih lagi dikekalkan dengan menggunakan nadi asal yang mampu menghasilkan kuasa 300 HP dan tork 340 Nm. Kemasan di bahagian luar meliputi termasuklah penggunaan tayar Michelin PS Cup 2 dan juga sistem ekzos Akrapovic.

Sejumlah 770 unit akan dibina untuk varian Alpine A110 R 70 ini sebagai sebuah model yang pastinya akan diburu oleh para pengumpul.

Alpine A110 GTS

Alpine juga sebenarnya turut memberikan sedikit kerja tingkat taraf bagi menggantikan varian GT dan S sedia ada dibina berdasarkan casis A110 S yang sporty tanpa menjejaskan keselesaan pemanduan sebuah model A110.

Model Alpine A110 GTS ini masih lagi mampu menghasilkan kuasa 300 HP dan tork 340 Nm pada 6,300 RPM. Sebagai pilihan kit aero GTS baharu, yang diperoleh daripada kit aero A110 R, termasuk pembahagi hadapan, skirt sisi, spoiler belakang dan sayap belakang dengan pelekap gentian karbon, memberikan daya ke bawah yang lebih baik dan juga ketangkasan yang lebih baik.

Sebagai pilihan, tayar GT Race bersaiz 18 inci dipasang pada tayar Michelin PS CUP 2 disertai dengan kaliper brek Brembo.

BACA : ALPINE A110 R ULTIME – INILAH DIA KISAH UNTUK SEBUAH MODEL KEMUNCAK PRESTASI

BACA : ALPINE A110 R FERNANDO ALONSO, RINGAN, LAJU DAN TERHAD!

Google ads

B K

Back to top button