
ALPINE A110 R ULTIME – MODEL YANG PALING LAJU DAN BERKUASA UNTUK SIRI A110!
Pengeluar kereta sport, Apline meneruskan lagi penghasilkan model sport istimewa mereka dengan model yang lebih laju, Alpine A110 R Ultime. Dihasilkan dengan casis yang lebih jitu serta kuasa enjin yang dipertingkatkan, ianya mempunyai output maksimum 345 HP ketika mencapai kuasa maksimum pada 6,000 rpm dan juga tork maksimum 420 Nm pada 3,200 rpm. Dan ianya lebih 80 Nm berbanding model A110 R Turini.
Alpine A110 R Ultime ini dihasilkan dengan menggabungkan kepakaran teknikal terbaik Alpine dan juga Alpine Racing. Ianya masih lagi menggunakan enjin 1.8 turbo tetapi telah dipertingkatkan penggunaan dengan turbin dan pemampat yang diubahsuai serta kotak gear DW6 baharu dengan kapasiti tork yang dipertingkatkan, dan juga sistem ekzos titanium Akrapovic.

Malah ianya juga menampilkan empat peredam boleh laras daripada Ohlins, sistem brek yang dipertingkat dengan cakera dwibahan AP Racing 330 mm, pad brek berprestasi tinggi, serta saluran penyejuk baru.

Selain itu, para Jurutera Alpine juga telah memperbaiki aerodinamik kereta sport ini dengan meningkatkan daya bawah kenderaan (+160 kg daya turun tambahan pada Vmax berbanding A110 R Turini) sekali gus memberikan pengendalian Alpine A110 R Ultime ini di laluan lebih tangkas untuk keluar masuk selekoh dan juga pecutan.
Rupa luaran yang sudah sedia maklum garang dipadankan dengan rim tempa bersaiz 18 inci di hadapan dan 19 inci di belakang yang menggunakan tayar Michelin PS2 CUP untuk lebih cengkaman.

Untuk model yang super terhad dengan hanya ditawarkan 110 unit sahaja, pembeli mempunyai pilihan untuk memilih pelbagai warna mengikut kesukaan hati di bahagian luaran dan juga pilihan warna tempat duduk sporty Upholsteri Alcantara terdiri daripada warna Kelabu, Merah, Biru dan juga Jingga.
Pilihan warna ambien juga boleh dipilih mengikut mood pemiliknya. Kemasan peribadi juga kelak boleh dilihat pada jahitan stereng, papan pemuka, hiasan pintu, konsol tengah dan tikar lantai, semuanya selaras dengan titik tengah stereng, tali pintu dan tempat duduk Sabelt.
Paling penting, warna La Bleue yang kelihatan cukup dengan A110 R Ultime ini hanya didatangkan dengan 15 unit sahaja. Siapa cepat dia dapat.
BACA : ALPINE A110 R LE MANS EDISI TERHAD YANG LAJU DAN BERGAYA
BACA : ALPINE A110 SAN REMO 73 – DNA RALI DENGAN UNIT TERHAD