Buletin

ALZA 2022 JADI MODEL PERTAMA PERODUA DILENGKAPI APPLE CARPLAY & ANDROID AUTO?

Sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto sudah menjadi seperti ciri wajib yang ada dalam sebuah kenderaan moden. 

Ciri itu nyata sangat memudahkan pemandu, terutama ketika hendak menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps. Dengan Apple CarPlay dan Android, pemandu tidak lagi perlu membeli pemegang telefon bimbit yang kadangkala tidak boleh berfungsi dengan baik. 

Bagi mereka yang lebih gemar mendengar muzik daripada aplikasi seperti Spotify  pula, kewujudan ciri itu sangatlah dialukan-alukan. 

Walaupun demikian, masih belum ada kenderaan Perodua yang dilengkapi ciri tersebut sehingga ke hari ini. Namun, keadaan itu bakal berubah dengan kehadiran model pengganti Perodua Alza yang dijadual diperkenalkan tahun hadapan. 

“Mengenai Apple CarPlay, memang ramai pelanggan yang dah tanya. Jadi, Insya Allah kami akan masukkan ciri ini ke dalam model-model yang akan datang, mungkin Alza baharu yang akan dilancarkan tahun depan. Kita tengok macam mana nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad. 

Untuk makluman, Alza sudah 12 tahun berada di pasaran tempatan. Biarpun begitu, ia tetap popular dengan mencatat jualan sekitar 1,500 unit sebulan. 

Google ads
Back to top button