Artikel Pilihan

PERODUA ALZA /TOYOTA AVANZA D26A 2022, APA YANG KITA BOLEH JANGKA SETAKAT INI?

Laman sesawang automotif Indonesia iaitu Autonetmagz melaporkan sebuah MPV mampu milik iaitu Toyota Avanza berjaya dirakam di sebuah bilik pameran Toyota. Foto yang dirakam berjaya menunjukkan beberapa gambaran awal rupa Toyota Avanza yang dibangunkan bersama anatara Daihatsu dan juga Toyota bagi pasaran Indonesia

Berdasarkan laporan awal, kami percaya Toyota Avanza yang dibangukan dengan cesi DNGA ini juga akan menjadi rekaan asas kepada pengganti Perodua Alza yang serba baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Jadi berdasarkan foto yang diambil dan dipaparkan oleh Autonetmagz ini, ada beberapa ciri yang kita boleh jangka akan diperkenalkan pada model Perodua

1. Ada ciri ASA – jika diperhatikan dengan jelas terdapat 2 kamera stereo yang membekalkan input kepada sistem Advance Safety Assist (atau Toyota Safety Sense). Kita boleh jangkakan yang sistem ini akan membekalkan ciri keselamatan seperti Amaran Pra-Perlanggaran, Brek Pra-Perlanggaran, Lane Departure Warning, dan juga Lane Centering Assist

Ciri ini juga akan membekalkan sistem keselesaan tambahan seperti Adaptive Cruise Control, Adaptive LED Beam atau Adaptive High Beam bergantung pada varian.

2. Lampu LED- Kami tidak pasti berapa unit lampu LED yang akan digunakan tapi berdasarkan gambar Alza baru akan menggunakan lampu LED dengan reflektor (pembalik cahaya). Sepasang lampu kabus juga akan dibekalkan dan besar kemungkinan akan menggunakan mentol LED

3. Rekaan lampu belakang moden – ya nampak seperti meniru gaya rekaan lampu Lexus UX dan juga Toyota Harrier yang lebih menawan. Tapi kita tidak pasti samaada lampu tersebut akan menyala ataupun tidak. Antena radio dengan rekaan sirip jerung akan menggantikan antena rekaan “Bee Sting” yang dipasang pada bahagian tepi Alza

4. Cermin Sisi – masih menggunakan rekaan Alza yang lama iaitu diposisikan pada pintu bukan pada tiang A dimana rekaan ini memberikan medan penglihatan arah depan yang baik.

5. Rel Bumbung – sama seperti Aruz/Rush, Avanza baru ini datang dengan ciri rel bumbung. Untuk rekod Perodua Aruz datang dengan keupayaan menahan beban sehingga 100kg

6. Rim 2 Tona – rekaan rim adalah hampir sama dengan rekaan rim yang digunakan oleh Toyota Corolla generasi baru dan dicat dengan 2 tona berbeza. Jika anda perasan terdapat penutup plastik pada bahagian bawah bampar depan, bampar belakang dan juga rocker panel tengah bahagian pintu depan dan belakang.

7. Brek belakang cakera – kami percaya ciri ini hanya akan hadir pada model Avanza sahaja dan besar kemungkinan Alza akan menggunakan brek dram.

8. Kemasan dalam 2 tona – kemungkinan besar juga ciri ini hanya khas untuk Avanza sahaja seperti yang digunakan untuk membezakan Aruz dan juga Rush. Butang penyaman udara adalah menggunakan sistem digital, suis penghidup diposisikan di bahagian tengah, ciri brek parkir elektrik dan juga auto hold assist.

Agak-agak ciri brek parkir elektrik dan auto hold assist ini akan digunakan untuk Alza ke tak? Sewaktu dilancarkan dulu, Alza menggunakan kaedah pemasangan beg udara keselamatan “laser cut”, tapi bagi model baru ia akan menggunakan keadah model beg udara biasa. Ciri beg udara sisi boleh diperhatikan pada kusyen depan

9. Manaakala bagi gambar terakhir ia menunjukkan ciri kusyen barisan kedua yang dipisahkan 60:40, kipas penyaman udara di bahagian atas kelihatan samar-samar, 2 tempat meletak botol minuman pada pintu, satu tempat meletak minuman pada perehat tangan barisan depan dan juga skrin pemain multimedia

Buat masa ini Alza/Avanza 2022 ini akan menggunakan cesi Daihatsu New Global Architecture, enjin dual-VVTi dan dipadankan dengan transmisi Dual Mode CVT sama seperti yang digunakan oleh Perodua Ativa.

Google ads
Back to top button