Buletin

KEMPEN NISSAN ALMERA TURBO FUEL EFFIENCIENCY CHARITY DRIVE BERJAYA KUMPUL RM12,841

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) menganjurkan kempen Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency Charity Drive dalam membantu masyarakat berdepan kesukaran akibat pandemik Covid-19.

Para pemilik Nissan Almera 1.0L Turbo berjaya merekodkan perjalanan sejauh 12,841 km dalam mengemukakan bacaan penjimatan bahan api mereka.

Melalui konsep kempen amal terbabit, setiap 1km penjimatan bersamaan RM1 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan derma dikumpul adalah RM12,841 untuk diagihkan kepada badan-badan kebajikan.

ETCM bakal mengumumkan badan-badan kebajikan yang akan menerima kutipan derma terbabit dalam masa terdekat dan sangat menghargai setiap para peserta mengambil bahagian dalam kempen itu.

Sebanyak 20 pemenang bakal menerima LEGO eksklusif Nissan GT-R manakala 30 lagi mendapat beg duffel edisi khas Nissan.

Setiap pemenang akan dihubungi pihak ETCM untuk menyerahkan hadiah-hadiah menarik tersebut.

Dalam pada itu, pertandingan All-New Nissan Almera Test Drive & Win kembali menawarkan hadiah keseluruhan baucer WATSONS bernilai RM25,000 kepada 50 pelanggan bertuah.

Para pelanggan bertuah perlu memandu uji Nissan Almera serba baharu di mana-mana bilik pameran Nissan atau pandu uji depan pintu yang telah diatur terdahulu.

Selain itu, para pelanggan juga dapat menikmati kadar faedah sewa beli sebanyak 1.88 peratus apabila membeli model baharu Nissan Almera 1.0L Turbo, Nissan Navara 2.5L Turbo, Nissan X-Trail dan Nissan Serena.

Nissan Almera 1.0L Turbo yang dijual pada harga RM79,906 (pengecualian cukai jualan) turut didatangkan pakej aksesori Urban bernilai RM5,500 secara percuma.

Model Nissan Navara 4×4 2.5L Turbo pula ditawarkan pada harga bermula RM116,900 hadir dengan pakej aksesori premium secara percuma bernilai RM10,150.

Bagi model X-Trail pula yang dijual pada harga bermula RM139,643 akan mendapat pakej aksesori Aero Edition bernilai RM5,000 manakala Serena S-Hybrid menawarkan tag harga bermula RM140,226 dengan servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.

Untuk keterangan lanjut boleh mengunjungi wakil pengedar Nissan atau layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi hotline Pusat Khidmat Pelanggan 1800-88-3838.

Google ads
Back to top button